Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM285 / 5.24 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,437
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dari tahun ke tahun, satu ibadah yang mulia kembali kepada kita dengan keindahannya. Hari Raya Aidiladha dan 3 hari tasyrik, detik-detik bermakna bagi umat Islam melaksanakan ibadah korban, tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah SWT, serta semangat berkongsi rezeki kepada orang lain.
Mengapa kita harus mengambil bahagian dalam kebaikan melalui Asar Humanity?
Asar Humanity telah menemui realiti yang jarang kita lihat setiap hari iaitu kehidupan di perkampungan Tangerang, Banten. Di sana, ketua keluarga terpaksa bergantung harap kepada barangan terpakai untuk menyara hidup, menahan panas matahari atau hujan lebat, semata-mata untuk memperoleh pendapatan harian sekitar RM10 hingga RM17. Pendapatan tidak pernah cukup untuk menampung keperluan harian, apatah lagi makanan yang mencukupi. Bagi mereka, makanan berbentuk 'daging' merupakan kemewahan yang jarang diraih terutama pada saat-saat istimewa seperti Hari Raya Aidiladha.
Inilah masanya kita bergerak bersama Asar Humanity untuk memberikan kebahagiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dengan sumbangan bermula dari RM10, kita boleh memberikan cahaya kegembiraan kepada mereka yang tidak mampu membeli daging sendiri.
Dengan menyertai detik menghampiri Aidiladha ini, kebahagiaan akan dikongsi bersama. Kami akan mengutip derma daripada setiap individu sehingga mencukupi untuk menyediakan haiwan korban. Daging yang telah disembelih akan diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin, membawa kehangatan dan makanan protein bergizi kepada mereka.
Bersama Asar Humanity dan sumbangan.com, kita boleh memberi makna baru kepada kebahagiaan dan kemanusiaan di momen Aidiladha. Semoga Allah limpahkan rahmat, rezeki dan keberkahan kepada anda serta keluarga untuk dapat menunaikan ibadah korban. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Mohon maaf pelaporan campaign sedekah daging yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha lagi boleh dimaklumkan hari ini. Mohon doa untuk tim Asar Humanity di lapangan, yang sudah berjibaku untuk memastikan pelaksanaan momen berkongsi dengan pelajar maahad tahfiz ini berjalan dengan lancar sehingga pelaporan semua campaign Qurban juga dilakukan dengan amanah.
Alhamdulillah ala kulli hal, dengan pengumpulan dana dari publik kami dapat membelikan 4 kambing. Dengan izin Allah SWT dan bantuan Tuan Puan, pada momen Aidiladha yang lepas, kita dapat meraikan dengan pelajar maahad tahfiz Al Fath dan juga warga sekitar yang berlokasi di Desa Sungai Gelam, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan. Maahad ini adalah satu pondok Tahfiz Al-Qur'an yang menampung santri dan santriwati Yatim Dhuafa, anak-anak ini dapat belajar agama dan Al Quran tanpa harus membayar kos pengajian.
Momen Aidiladha ini juga menjadi syiar agama yang diajarkan kepada para pelajar betapa pentingnya ibadah qurban sebagai salah satu ibadah yang amat Allah cintai. Ustadz Angga, selaku perwakilan pengasas maahad, menyampaikan rasa terima kasih kepada para penyumbang.
“Mewakili pondok pesantren Al-fath, sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para penyumbang yang sudah mengorbankan hartanya untuk berkurban di Maahad Al-Fath”. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Setelah disembelih, ambing tersebut dimasak menjadi masakan siap santap berupa gulai kambing dan tongseng kambing. Di hari Raya idul Qurban pelajar yang jauh dari tempat anda tinggal akhirnya dapat juga merasakan bahagia dengan sedekah daging terbaik anda.
Semoga makanan yang mereka makan menjadi energi untuk menghafalkan Al-Qur'an, Murojaah Al-Qur'an dan berinteraksi dengan Al-Qur'an. InshaAllah ada amalan jariyah yang mengalir kepada Tuan dan Puan. Tak hanya itu warga sekitar maahad juga ikut dalam merasakan kelazatan dan keberkahan dari sedekah daging ini.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
NOR AZLIN NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2024