ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 09, 2024

SEDEKAH DAGING RAIKAN AIDILADHA DENGAN ASNAF YANG KURANG MAMPU

RM285 / 5.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,437

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom tunaikan sedekah daging sebagai bentuk syukur kepada Allah SWT. InshaAllah daging akan dihantarkan kepada warga miskin dan dhuafa yang hanya sesekali makan daging di hari Raya!


Dari tahun ke tahun, satu ibadah yang mulia kembali kepada kita dengan keindahannya. Hari Raya Aidiladha dan 3 hari tasyrik, detik-detik bermakna bagi umat Islam melaksanakan ibadah korban, tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah SWT, serta semangat berkongsi rezeki kepada orang lain.


Mengapa kita harus mengambil bahagian dalam kebaikan melalui Asar Humanity?



Asar Humanity telah menemui realiti yang jarang kita lihat setiap hari iaitu kehidupan di perkampungan Tangerang, Banten. Di sana, ketua keluarga terpaksa bergantung harap kepada barangan terpakai untuk menyara hidup, menahan panas matahari atau hujan lebat, semata-mata untuk memperoleh pendapatan harian sekitar RM10 hingga RM17. Pendapatan tidak pernah cukup untuk menampung keperluan harian, apatah lagi makanan yang mencukupi. Bagi mereka, makanan berbentuk 'daging' merupakan kemewahan yang jarang diraih terutama pada saat-saat istimewa seperti Hari Raya Aidiladha.



Inilah masanya kita bergerak bersama Asar Humanity untuk memberikan kebahagiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dengan sumbangan bermula dari RM10, kita boleh memberikan cahaya kegembiraan kepada mereka yang tidak mampu membeli daging sendiri.



Dengan menyertai detik menghampiri Aidiladha ini, kebahagiaan akan dikongsi bersama. Kami akan mengutip derma daripada setiap individu sehingga mencukupi untuk menyediakan haiwan korban. Daging yang telah disembelih akan diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin, membawa kehangatan dan makanan protein bergizi kepada mereka.



Bersama Asar Humanity dan sumbangan.com, kita boleh memberi makna baru kepada kebahagiaan dan kemanusiaan di momen Aidiladha. Semoga Allah limpahkan rahmat, rezeki dan keberkahan kepada anda serta keluarga untuk dapat menunaikan ibadah korban. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Kempen Sumbangan Tamat