Alhamdulillah ala kulli haal, Asar Humanity berjaya menghantar lori air bersih kepada pelarian di Gaza yang telah berlindung di wilayah selatan Gaza. Berkat bantuan anda, kami dapat menyediakan air bersih, salah satunya dihantar kepada mangsa serangan di sekolah Abdullah Siam dan Markaz Ibn Khaldun Are. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Update dari tim Asar Humanity di Gaza, rumah saudara kita yang ditugaskan untuk melaksanakan projek bantuan turut dibom, begitu juga kawasan di mana pasukan Asar Humanity mula melaksanakan projek bantuan.
Terpaksa semua pasukan meninggalkan tempat dan berpindah ke tempat lain, penyaluran bantuan dihentikan seketika kerana tidak dapat menjalankan aktiviti di kawasan Khan Yunis. Mohon doa daripada anda semua untuk keselamatan pasukan Asar Humanity dan juga kejayaan menyampaikan bantuan kepada mangsa serangan di Gaza.
Jazakumullah khairan!