Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,771 / 59.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bulan Syaaban, bulan di mana amalan kita diangkat kepada Allah SWT, marilah kita bersama-sama merangkul kebaikan dengan menyediakan juadah berbuka kepada anak-anak yatim. Sama-sama kita membuka pintu rahmat Allah SWT dengan berkongsi kebahagiaan buat mereka, di samping mengikuti jejak mulia Rasulullah SAW yang sentiasa mengambil berat terhadap insan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim yang dhuafa.
Di tengah kesibukan persiapan menyambut bulan Ramadhan yang mulia, jangan lupa saudara-saudara kita yang memerlukan. Atas semangat kebersamaan yang dianjurkan oleh agama kita, marilah kita berganding bahu menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Bulan Syaaban bukan sekadar menunggu bulan Ramadhan, tetapi juga masa yang sesuai untuk mengambil tindakan sebenar. Setiap sumbangan yang kita berikan bukan sahaja dalam bentuk bantuan material, malah memberi harapan dan kegembiraan kepada yang menerimanya. Nabi sendiri sangat menghargai dan menyayangi anak yatim, dan dengan berbuka puasa bersama mereka, kita meneruskan amalan mulia ini.
Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda:
"Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya. (Jami` at-Tirmidzi 1918)
Asar Humanity menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kempen infaq di bulan Syaaban ini. Jom sama-sama kita sedekahkan sebahagiaan rezeki kita untuk menyediakan makanan berbuka puasa bagi anak-anak yatim dhuafa. Pek makanan ini berisi juadah berbuka puasa, nasi, daging protein, sayuran, buah dan air minum.
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal hantaran pakej takjil dan iftar kembali kami lanjutkan, berkat daripada keredhaan Allah SWT dan sumbangan anda, tim Asar Humanity berjaya menyediakan dan mendistribusikan 100 porsi makanan berbuka puasa bagi pelajar tahfiz di Maahad Raudhotussalam, Tangerang-Banten.
Alhamdulillah Tim KSATRIA Asar Humanity juga mendistribusikan bantuan pangan Iftar sebanyak 89 pakej kepada pelajar dan pengasas Maahad Darussunah, Rangkasbitung. Barakallahu fiikum!
Hantaran makanan untuk berbuka puasa oleh Tim Asar Humanity, yang disokong sumbangan.com dan donasi publik lainnya, memberikan kebahagiaan tersendiri bagi pelajar maahad.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity