ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 23, 2024

SEDEKAH SYAABAN UNTUK MAKANAN BERBUKA PUASA RAMADAN ANAK YATIM DHUAFA

RM1,771 / 59.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari maksimalkan amalan di bulan Syaaban dengan meraih keredhaan Allah SWT salah satunya bersedekah makanan bagi anak-anak tahfiz yatim dhuafa yang kesulitan menyara makanan berkhasiat!


Di bulan Syaaban, bulan di mana amalan kita diangkat kepada Allah SWT, marilah kita bersama-sama merangkul kebaikan dengan menyediakan juadah berbuka kepada anak-anak yatim. Sama-sama kita membuka pintu rahmat Allah SWT dengan berkongsi kebahagiaan buat mereka, di samping mengikuti jejak mulia Rasulullah SAW yang sentiasa mengambil berat terhadap insan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim yang dhuafa.





Di tengah kesibukan persiapan menyambut bulan Ramadhan yang mulia, jangan lupa saudara-saudara kita yang memerlukan. Atas semangat kebersamaan yang dianjurkan oleh agama kita, marilah kita berganding bahu menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Bulan Syaaban bukan sekadar menunggu bulan Ramadhan, tetapi juga masa yang sesuai untuk mengambil tindakan sebenar. Setiap sumbangan yang kita berikan bukan sahaja dalam bentuk bantuan material, malah memberi harapan dan kegembiraan kepada yang menerimanya. Nabi sendiri sangat menghargai dan menyayangi anak yatim, dan dengan berbuka puasa bersama mereka, kita meneruskan amalan mulia ini.


Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda:

"Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya. (Jami` at-Tirmidzi 1918)






Asar Humanity menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kempen infaq di bulan Syaaban ini. Jom sama-sama kita sedekahkan sebahagiaan rezeki kita untuk menyediakan makanan berbuka puasa bagi anak-anak yatim dhuafa. Pek makanan ini berisi juadah berbuka puasa, nasi, daging protein, sayuran, buah dan air minum.


Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2024

NUR EDURA ROZALI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat