Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah menyalurkan paket makanan kepada santri-santri maahad yang memerlukan bantuan.
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan donasi yang telah dikumpul daripada para penyumbang yang dermawan. Pemberian paket makanan ini bukan sahaja membantu meringankan beban kehidupan harian mereka, tetapi juga memastikan santri dapat terus menimba ilmu tanpa perlu bimbang mengenai kekurangan makanan dan keperluan harian.
ASAR Humanity ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyokong program ini. Keprihatinan anda telah memberikan sinar harapan kepada santri-santri yang berada dalam keadaan serba kekurangan.
Kami berkomitmen untuk terus menggerakkan kempen dan program amal demi membantu lebih ramai santri serta maahad yang memerlukan. InsyaAllah, dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan, kita dapat meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan.
Jom, bantu santri maahad tahfiz, yatim dan dhuafa berjaya!
https://sumbangan.com/infaqberasanakyatim