Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM695 / 18.56 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,745
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di awal tahun baru Hijrah ini, kita kembali diingatkan tentang kepentingan kebersihan dan keselesaan dalam beribadat. Namun, anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah masih perlu berwuduk di sungai yang besar dan berbahaya. Keadaan ini sudah tentu tidak sesuai dan menimbulkan risiko keselamatan untuk mereka.
Ketika ini, kanak-kanak dan jemaah terpaksa berwuduk di sungai yang jauh dari surau, menghadapi risiko dan ketidakselesaan setiap hari. Anomali cuaca yang melampau menyebabkan kolam air wuduk menjadi kering, hanya tinggal lopak air yang menjadi sarang nyamuk. Atas sebab kesihatan dan keselamatan, kolam itu terpaksa ditutup dengan tanah.
Kemarau yang berpanjangan juga menyebabkan tangki air tidak lagi berfungsi sehingga memaksa jemaah dan kanak-kanak berjalan jauh untuk mengambil wuduk. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu aktiviti ibadat dan mengaji Al-Quran, malah membahayakan keselamatan terutama bagi kanak-kanak yang terpaksa berjalan jauh di lebuh raya yang tidak selamat.
Dengan keprihatinan tersebut, Asar Humanity mengambil inisiatif membantu menyediakan sumber air bersih dan kemudahan wuduk untuk jemaah dan kanak-kanak di Musala Al Hijrah. Sehingga kini, dana terkumpul masih tidak mencukupi untuk menyiapkan pembinaan kemudahan wuduk yang amat diperlukan ini.
Kami masih memerlukan RM3,745 lagi untuk mencapai jumlah kos RM30,225. Dana ini akan digunakan untuk menggali telaga sedalam 50 hingga 60 meter, memasang paip, dan membina kemudahan wuduk dan sanitasi yang mencukupi.
Dengan sumbangan bermula dari RM10, tidak kira besar atau kecil, anda boleh membantu kami selangkah lebih dekat untuk menyediakan kemudahan wuduk yang amat diperlukan ini. Marilah kita bersama-sama dengan izin Allah SWT mewujudkan telaga wuduk di Musala Al Hijrah.
Sumbangan anda bukan sahaja memenuhi keperluan asas penduduk kampung, malah menjadi satu amal jariah yang amat bernilai di sisi Allah SWT. Sertai kami dalam usaha murni ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk Kampung Dasan Gunung. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan niat ikhlas kita dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 12, 2024
HAJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024