ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 11, 2024

INFAQ MUHARAM BANTU BINA TELAGA WUDUK MUSALA AL HIJRAH

RM695 / 18.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,745

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga Allah izinkan kita mewujudkan telaga wuduk untuk Musala Al Hijrah pada tahun baru 1446 Hijriah ini. Jom bantu wujudkan telaga wuduk Al Hijrah Musala segera! Masih kekurangan RM3745 .


Di awal tahun baru Hijrah ini, kita kembali diingatkan tentang kepentingan kebersihan dan keselesaan dalam beribadat. Namun, anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah masih perlu berwuduk di sungai yang besar dan berbahaya. Keadaan ini sudah tentu tidak sesuai dan menimbulkan risiko keselamatan untuk mereka.



Alhamdulillah, sehingga kini dana terkumpul untuk pembinaan telaga wuduk di Musala Al Hijrah telah mencapai sekitar 88% daripada sasaran yang ditetapkan. Namun, perjuangan kita belum berakhir. Kami masih memerlukan sokongan lanjut untuk mencapai matlamat murni ini kerana keperluan telaga wuduk amat mendesak.



Ketika ini, kanak-kanak dan jemaah terpaksa berwuduk di sungai yang jauh dari surau, menghadapi risiko dan ketidakselesaan setiap hari. Anomali cuaca yang melampau menyebabkan kolam air wuduk menjadi kering, hanya tinggal lopak air yang menjadi sarang nyamuk. Atas sebab kesihatan dan keselamatan, kolam itu terpaksa ditutup dengan tanah.


Kemarau yang berpanjangan juga menyebabkan tangki air tidak lagi berfungsi sehingga memaksa jemaah dan kanak-kanak berjalan jauh untuk mengambil wuduk. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu aktiviti ibadat dan mengaji Al-Quran, malah membahayakan keselamatan terutama bagi kanak-kanak yang terpaksa berjalan jauh di lebuh raya yang tidak selamat.



Dengan keprihatinan tersebut, Asar Humanity mengambil inisiatif membantu menyediakan sumber air bersih dan kemudahan wuduk untuk jemaah dan kanak-kanak di Musala Al Hijrah. Sehingga kini, dana terkumpul masih tidak mencukupi untuk menyiapkan pembinaan kemudahan wuduk yang amat diperlukan ini.


Kami masih memerlukan RM3,745 lagi untuk mencapai jumlah kos RM30,225. Dana ini akan digunakan untuk menggali telaga sedalam 50 hingga 60 meter, memasang paip, dan membina kemudahan wuduk dan sanitasi yang mencukupi.



Dengan sumbangan bermula dari RM10, tidak kira besar atau kecil, anda boleh membantu kami selangkah lebih dekat untuk menyediakan kemudahan wuduk yang amat diperlukan ini. Marilah kita bersama-sama dengan izin Allah SWT mewujudkan telaga wuduk di Musala Al Hijrah.


Sumbangan anda bukan sahaja memenuhi keperluan asas penduduk kampung, malah menjadi satu amal jariah yang amat bernilai di sisi Allah SWT. Sertai kami dalam usaha murni ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk Kampung Dasan Gunung. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan niat ikhlas kita dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat