Assalamu'alaikum Tuan dan Puan.
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, agihan bungkusan makanan dan pampasan guru Maahad Ahmad Madun, Lombok, telah dilaksanakan. Semoga gerakan ini menjadi rahmat Allah bagi kita, dan menjadi tabungan amal shalih untuk kita semua. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbanga yang baik dan rakan kongsi yang telah menyokong aktiviti ini agar ia dapat diteruskan sehingga kini. Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan sokongan kita untuk membantu guru-guru maahad dengan kemudahan mendapatkan makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan hidup. Merekalah yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik anak-anak masa hadapan. Jazakumullah khairan.