ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 28, 2024

INFAQ BANTU HANTARKAN LORI AIR BERSIH UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA

RM670 / 22.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan berhenti sokong air bersih untuk saudara kita. Lipat gandakan amalan kebaikan di akhir bulan Zulhijjah, infaq harta sediakan lori air bersih di Gaza!


Gaza, sebuah wilayah yang telah lama menderita akibat penjajahan Zionis Israel yang berpanjangan dan pengepungan yang tidak berkesudahan, kini menghadapi krisis air bersih yang semakin kritikal. Lebih dari dua juta penduduknya, termasuk anak-anak dan orang tua, berjuang untuk mendapatkan akses kepada air yang selamat untuk diminum dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari.



Keadaan di Gaza semakin memburuk dengan peningkatan serangan dan sekatan yang dikenakan oleh Zionis Israel. Infrastruktur asas, termasuk sistem bekalan air, telah musnah akibat serangan udara dan darat yang tidak henti-henti. Sumber air yang ada tercemar dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Krisis air ini menyebabkan peningkatan penyakit bawaan air, yang memburukkan lagi keadaan kesihatan awam di wilayah tersebut.



Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air bersih, kehidupan harian menjadi sukar dan penuh risiko kesihatan. Bagi penduduk Gaza, akses kepada air bersih adalah satu bentuk harapan dan kelegaan di tengah-tengah kekacauan. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermaruah.





Kami mengajak anda untuk bersama-sama menyokong kempen ini dalam menyediakan air bersih untuk saudara di Gaza. Bayangkan kegembiraan seorang ibu yang dapat memberikan anaknya air yang bersih dan selamat. Sebelumnya, amanah anda sudah kami hantarkan lori air bersih untuk warga di kem pelarian wilayah utara. Lihatlah kebahagiaan mereka. Kita mau kebahagiaan ini terus berlanjut. Semoga Allah berikan keredhaan atas ikhtiar kita membersamai perjuangan saudara-saudara di Palestin. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2024

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat