Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM670 / 22.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
37 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Gaza, sebuah wilayah yang telah lama menderita akibat penjajahan Zionis Israel yang berpanjangan dan pengepungan yang tidak berkesudahan, kini menghadapi krisis air bersih yang semakin kritikal. Lebih dari dua juta penduduknya, termasuk anak-anak dan orang tua, berjuang untuk mendapatkan akses kepada air yang selamat untuk diminum dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Keadaan di Gaza semakin memburuk dengan peningkatan serangan dan sekatan yang dikenakan oleh Zionis Israel. Infrastruktur asas, termasuk sistem bekalan air, telah musnah akibat serangan udara dan darat yang tidak henti-henti. Sumber air yang ada tercemar dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Krisis air ini menyebabkan peningkatan penyakit bawaan air, yang memburukkan lagi keadaan kesihatan awam di wilayah tersebut.
Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air bersih, kehidupan harian menjadi sukar dan penuh risiko kesihatan. Bagi penduduk Gaza, akses kepada air bersih adalah satu bentuk harapan dan kelegaan di tengah-tengah kekacauan. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermaruah.
Kami mengajak anda untuk bersama-sama menyokong kempen ini dalam menyediakan air bersih untuk saudara di Gaza. Bayangkan kegembiraan seorang ibu yang dapat memberikan anaknya air yang bersih dan selamat. Sebelumnya, amanah anda sudah kami hantarkan lori air bersih untuk warga di kem pelarian wilayah utara. Lihatlah kebahagiaan mereka. Kita mau kebahagiaan ini terus berlanjut. Semoga Allah berikan keredhaan atas ikhtiar kita membersamai perjuangan saudara-saudara di Palestin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga tuan dan puan sentiasa sihat dan selamat serta sentiasa dilindungi Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah mengagihkan sedekah terbaik yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di laman kempen ini kepada saudara Palestin. Di mana bantuan telah diagihkan dalam bentuk pengagihan air bersih kepada saudara-saudara Palestin di Gaza.
Ketika pelaksanaan dilaksanakan, terlihat barisan saudara Palestin beratur untuk mendapatkan air bersih. Bukan sahaja orang dewasa, malah ibu dan kanak-kanak turut beratur untuk mendapatkan air bersih. Kerana sumber air bersih pada masa ini amat sukar diperolehi.
Dan sebelum ini, sedekah tuan dan puan dalam kempen ini telah digabungkan dengan sedekah daripada kempen lain agar dapat memberi manfaat yang lebih luas. Semoga jasa baik Tuan dan Puan Allah SWT balas dengan sebaik-baik ganjaran, dan semoga tuan puan sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT, aamiin
Jom terus bersamai saudara Palestina melalui kebaikan kita di halaman kempen berikut ini:
https://sumbangan.com/airbersihberterusangaza
Jazakumullahu khairan
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Asar Humanity kembali menghantarkan lori air bersih untuk saudara-saudara kita di salah satu kem pelarian wilayah Khan Younis, Gaza Selatan. Barakallahu fiikum! Pengagihan ini tidak dapat dilakukan tanpa ridho dari Allah SWT dan bantuan anda.
Sambutan gembira dari semua pelarian di kem ini. Bahkan mereka pun langsung meminum air yang segar ini. Ada juga yang membasuh muka dan kepala mereka. Air bersih yang segar ini menjadi menghilang dahaga di hari yang panas teruk. Bantuan air ini juga akan menjadi bekalan keluarga untuk memenuhi kebutuhan harian. Wajah lelah kanak-kanak kecil berlari-lari membawa bekas besar untuk menakung air. Pasukan Asar membantu mereka mengheret bekas berat ini untuk dibawa pulang.
Izinkan kami mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya kepada Tuan dan Puan, Tentu saja hantaran lori air bersih ini tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan dari anda. Namun perjuangan kita tak boleh berhenti di sini. Doakan selalu saudara kita agar Allah SWT senantiasa menjaga dan melindungi mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Masih di pertengahan bulan Muharram, raih fadhilatnya dengan derma harta menghantarkan lori air bersih untuk saudara kita:
https://sumbangan.com/infaqmuharramairbersihgaza
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 29, 2024
MUHAMAD NAIM BIN MURTADZA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2024
AISHAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 29, 2024