Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah tim implementasi Asar Humanity telah menyampaikan bantuan kos elektrik bagi Maahad Roudhotul Quran yang berada di Banten. Saat ini pelajar yang mukim di maahad ini berjumlah 70 orang, iaitu 38 ikhwan dan 32 akhwat. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, semoga kebaikan yang telah anda hantarkan melalui sumbangan ini menjadi amalan shalih yang Allah SWT balas dengan lipatan keberkahan dan pahala bagi anda serta keluarga.
Bantuan tersebut berupa token elektrik yang langsung diterima oleh Ustaz Nasrul Kamal selaku pengasas maahad. Beliau langsung memasukkan token ke dalam mesin meteran elektrik dan berjaya menambahkan masa hidup elektrik untuk maahad ini. Ustaz dan pelajar maahad tak lagi risau akan mati elektrik, mereka dapat melanjutkan kegiatan mengkaji Al Quran pada petang hari. Ustaz Nasrul menuturkan terima kasih atas bantuan yang telah disampaikan dari penyumbang dan semoga selalu diberikan kelancaran di dalam usaha dan pekerjaannya. Aaamiin ya Rabb’al alamin. InshaAllah pelajar Maahad akan lebih fokus dan giat belajar agama demi meraih masa depan dan meneruskan generasi Qurani.
Jazakumullah khairan.