Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah tim implementasi Asar Humanity telah mendistribusikan bantuan beras, minyak, dan bahan makanan pelengkap lainnya bagi Maahad Roudhotul Quran yang berada di Kampung “Mualaf” Banten. Saat ini pelajar yang mukim di maahad ini berjumlah 70 orang, iaitu 38 ikhwan dan 32 akhwat. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, semoga kebaikan yang telah anda hantarkan melalui sumbangan ini menjadi amalan shalih yang Allah SWT balas dengan lipatan keberkahan dan pahala bagi anda serta keluarga.
Bantuan makanan ini langsung diterima oleh Ustaz Nasrul Kamal selaku pengasas maahad, beliau menuturkan terima kasih atas bantuan yang telah disampaikan dari penyumbang dan semoga selalu diberikan kelancaran di dalam usaha dan pekerjaannya. Aaamiin ya Rabb’al alamin. Pelajar ikhwan dan akhwat pun menerima bantuan ini dengan sangat senang dan gembira, karena mereka tak lagi risau kelaparan, inshaAllah mereka akan lebih fokus dan giat belajar agama demi meraih masa depan dan meneruskan generasi Qurani.
Jazakumullah khairan.