MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 23, 2024

INFAQ DANA BAIK PULIH VAN UZUR

RM65 / 2.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

1 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYU DANA BAGI MEMBAIK PULIH VAN MAAHAD YANG UZUR DAN ROSAK. SEMOGA PARA PENDERMA DIBERIKAN KEBERKATAN DAN RAHMAT OLEH ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.


Van merupakan aspek penting dalam memastikan pelajar-pelajar kami dapat bergerak dengan selamat dan selesa untuk kegiatan luar seperti pergi menunaikan solat Jumaat dan aktiviti keagamaan seperti jemputan solat jenazah, jemputan majlis doa selamat, rehlah, lawatan ilmiah dan sebagainya. Namun, dengan keadaan van yang semakin uzur, kami menghadapi kesukaran dalam memastikan keselamatan dan keselesaan para pelajar.



Van yang sedia ada dalam keadaan uzur ini menyebabkan pihak maahad terpaksa membelanjakan kos yang tinggi dalam penyelenggaraan van tersebut. Dalam usaha kami untuk memastikan kelancaran aktiviti pengangkutan dan keselamatan pelajar, kami memerlukan dana untuk membaiki van tersebut. Oleh itu, kami mengajak muslimin dan muslimat untuk sama-sama memberikan sumbangan seikhlasnya dalam usaha kami untuk memperbaiki van maahad tahfiz yang rosak dan uzur.



Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan membaiki dan penyelenggaraan van tersebut bagi memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar kami. Dengan adanya van yang berfungsi dengan baik di maahad, pelajar-pelajar kami akan dapat menghadiri solat Jumaat, ceramah, kursus, dan aktiviti keagamaan lain dengan lebih lancar dan efisien.



"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



Marilah kita berinfaq bermula RM10 bagi membantu pihak maahad menyediakan kemudahan dan keselesaan terhadap anak-anak tahfiz di sini. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang disalurkan. Setiap sumbangan yang dinfaqkan ini juga akan manjadi pahala yang mengalir buat para penderma hingga akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2024

RAZLEN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2024

BEH JIN SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2024