Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada May 16, 2022
RM2,945 / 1.96 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000
163 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Di sini kami memohon & menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan sebuah van jenazah yang akan diinfaqkan atas nama Pertubuhan Bergerak Amal Kebajikan Tarbiah Insan Sabah (Bakti) untuk kegunaan golongan Asnaf & Fakir Miskin seluruh Sabah khususnya Masyarakat di daerah Tawau.
Kami amat berharap, dengan adanya van jenazah yang baru ini, Masyarakat ini mampu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah dengan lebih cepat dan tidak perlu lagi membayar wang ringgit untuk mendapatkan van jenazah.
Sesungguhnya sebaik-baik jenazah itu perlu disegerakan urusan pengebumiannya. Kami amat berharap budi baik & kesudian saudara-saudari menyumpang ke atas kempen ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan tersebut.
Kami menitipkan doa buat saudara-saudari semua, semoga kita semua berada di bawah lindungan-NYA. Sentiasa dibawah rahmat – NYA. Semoga ada catatan kebaikan kita di bawa ke langit-NYA.
Terima kasih kami ucapkan pada semua #Penyumbang
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2022
AZRIN BIN SAARI
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2022