INFAQ VAN JENAZAH MASJID AL HIDAYAH KG TAJAU LAUT KUDAT SABAH

RM2,075 / 1.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM136,000

115 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama sama membantu masjid ini untuk memdapatkan van jenazah agar Ajk masjid tersebut dipermudahkan urusan membawa jenazah ke hospital ataupun ke tanah perkuburan. Ayuh bersama kami!


"Bersama-sama Kita Memudahkan Urusan Fardhu Kifayah". 


Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Di sini kami memohon dan menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan sebuah van jenazah yang akan diinfaqkan atas nama Masjid Al Hidayah Kg Tajau Laut Kudat Sabah. Ayuh! Bersama kami mencari pahala dunia dan akhirat, selagi mana van jenazah yang kita sumbangkan berjalan untuk membawa jenazah selagi itulah pahala kita akan mengalir. Amin.




Majoritinya masyarakat Kampung Tajau Laut Kudat ini kurang berkemampuan dan kewangan yang ada cukup hanya untuk membeli keperluan harian seumpamanya, "kais pagi makan pagi kais petang makan petang". Jadi di dalam menguruskan hal jenazah bila berlakunya kematian, mereka terpaksa memikirkan macam mana hendak mendapatkan wang dengan khidmat van jenazah yang memerlukan wang untuk membayar perkhidmatan van jenazah tersebut. Ajk masjid tersebut juga sedia berkhidmat dengan secara sukarela akan membantu masyarakat kampung tersebut yang berada di dalam kesusahan yang memerlukan perkhidmatan van jenazah itu.




Kami amat berharap dengan adanya van jenazah yang baru ini, masyarakat mampu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah dengan lebih cepat dan tidak perlu lagi membayar wang ringgit untuk mendapatkan van jenazah. Sesungguhnya sebaik-baik jenazah itu perlu disegerakan urusan pengebumiannya. Kami amat berharap budi baik dan kesudian saudara-saudari menyumbang ke atas kempen ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan tersebut. Kami menitipkan doa buat saudara-saudari semua. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya dan juga sentiasa dibawah rahmatNya. Semoga ada catatan kebaikan kita di bawa ke langitnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

CHE YON BINTI AB GHANI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2022

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat