Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM160 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Marilah kita bersama-sama mengenang penderitaan saudara kita di Palestin, khususnya di Gaza, dan sampaikan dalam doa kita, memberikan kekuatan kepada mereka. Kempen ini bertujuan untuk memberikan sokongan sebenar kepada kanak-kanak yang terjejas akibat serangan Zionis ke atas Gaza. Gaza yang kini menjadi tanah perkuburan ribuan kanak-kanak memerlukan sinar harapan. Bersama-sama, kami berusaha untuk membawa kegembiraan melalui aktiviti penyembuhan trauma, hiburan, mainan dan bantuan makanan.
Menurut UNICEF, hampir 1.3 juta individu, termasuk hampir 610,000 kanak-kanak, tinggal di jalanan bandar Rafah di selatan Gaza. Di Rafah, kanak-kanak yang melarikan diri terpaksa tidur di dalam khemah ayam hari ini untuk melindungi diri daripada hujan lebat dan sejuk, selepas khemah mereka ditenggelami hujan lebat.
Sebilangan rakyat Palestin telah terbunuh dan cedera, termasuk kanak-kanak dan wanita, akibat tembakan meriam yang mengenai sebuah sekolah di Khan Younis. Setiap 15 minit, seorang kanak-kanak yang tidak berdosa kehilangan nyawanya dalam serangan udara oleh pendudukan Zionis di Gaza. Kekurangan makanan yang teruk menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak di bawah umur lima tahun berisiko serius mengalami kekurangan zat makanan, menurut UNICEF. Gaza adalah tempat paling berbahaya untuk kanak-kanak, dan kita tidak boleh mengabaikan realiti ini.
Kami bersama anda ingin memberikan sokongan kepada anak-anak Gaza yang mengalami trauma. Melalui program psikososial khas, kami cuba membantu mereka mengatasi kesan emosi konflik dan memulihkan kebahagiaan mereka. Program ini juga bertujuan untuk memberikan kegembiraan di tengah-tengah cabaran yang mereka hadapi. Sementara itu, kami juga akan memastikan penyediaan makanan yang mencukupi untuk kanak-kanak yang mungkin terjejas oleh akses terhad kepada makanan, dengan tujuan mengurangkan risiko kekurangan nutrisi yang serius.
Asar Humanity menjemput anda untuk menyertai kempen ini dengan membuat sumbangan bermula dari RM10. Bersama-sama, kita boleh menjadi sumber harapan untuk anak-anak Gaza. Walaupun kita menyedari bahawa akses ke Gaza dihadkan dek halangan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri.
Dengan menyebut nama Allah, segala yang kita miliki walau sekecil mana nilainya, insyaAllah akan menjadi bukti sokongan kita terhadap perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al Aqsa. Semoga Allah melimpahkan perlindungan dan keberkatan yang melimpah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Saat tulisan ini dibuat penulis sambil menangis dan mengucap syukur kepada Allah SWT karena laporan dari Pasukan Asar Humanity kembali mengadakan kegiatan trauma healing untuk anak-anak di kawasan perkemahan pelarian warga Gaza di Deir Al Balah. Alhamdulillah ala kulli haal.
Ya Allah Al Hafiz Al Muhaimin. Semoga Engkau selalu jaga anak-anak dan saudara kita dari serangan dan kekejaman Zionis. Sesungguhnya mereka harus tetap hidup dan bahagia.
Kegiatan trauma healing ini dimulai dengan bernyanyi, menari, sambil tim Asar Humanity yang lainnya membagikan coklat dan permen. Di akhir kegiatan, tim Asar juga mengagihkan mainan untuk anak-anak ini. Tak hanya anak-anak, orang dewasapun ikut serta dalam kegiatan ini. Lihatlah senyuman mereka yang tulus, walaupun begitu masih ada di antara mereka yang masih termenung dan menangis. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan izin dan rahmat Allah SWT, serta sokongan anda, kita dapat menghibur anak-anak ini. Harapannya mereka dapat terus menjalani kehidupan yang lebih baik.
Jangan lepas doakan terus saudara kita di Palestin. Karena senjata orang Muslim adalah doa yang khusyuk kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Penolong.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan anda. Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024