Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM330 / 11.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ayuh semaikan kasih sayang kepada ibu bapa dan orang tersayang yang telah meninggal dunia, bukan dengan linangan air mata kesedihan, tetapi dengan limpahan sedekah yang tidak berkesudahan. Mereka yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang kini telah meninggal dunia untuk menghadap Sang Pencipta. Rindu disimpan, doa tidak pernah putus. Namun, ada satu lagi cara untuk menunjukkan kebaktian, menemani jiwa mereka dalam perjalanan ke alam abadi, iaitu dengan bersedekah.
Musala Al-Hijrah di pedalaman Nusa Tenggara Barat berdiri teguh, namun ruang wuduk masih sederhana. Bayangkan, tangan yang pernah menghayun kita tidak lagi mudah dibersihkan sebelum beribadat. Jom realisasikan impian mereka yang tidak lain tidak bukan adalah melihat anak-anak mereka semakin dekat dengan Allah.
Dengan menyumbang kepada pembinaan kawasan wuduk Musala Al-Hijrah, setiap titisan air yang mengalir menjadi penawar kehausan fizikal dan kehausan pahala kepada ibu bapa kita. Bayangkan, ketika air itu digunakan untuk solat, keberkatan sedekah anda terus mengalir, menjadi rezeki mereka di alam barzakh.
Jadikan cinta yang abadi, dengan sedekah yang tidak pernah mati. Sumbangan anda, tidak kira seberapapun, mengambil bahagian dalam usaha membina kemudahan wuduk yang lengkap termasuk memasang paip untuk menyalurkan air telaga yang diambil dari kedalaman 50-60 meter.
Daripada kempen sebelum ini, kami telah mengumpul kurang lebih RM9,000. Sementara itu, untuk mencapai matlamat ini, kita memerlukan dana sekitar RM30,225. Dengan izin Allah SWT, semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakannya.
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (At-Taubah 9:18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2024
SARI HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2024
MUHAMMAD HUSSAINY YUSREE BIN MOHD DIAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 19, 2024