ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 30, 2023

TABUNG INFAQ JUMAAT BERKAH UNTUK BUNGKUSAN RAYA

RM375 / 12.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan terlewat infaq jumaat berkah di bulan Ramadan yang Allah kurniakan banyak rahmat. Jom bahagiakan saudara kita yang kurang mampu di hari raya!


Alhamdulillah kita sudah melewati satu minggu Ramadan. Semoga Allah berikan kita kesihatan dan istiqamah kepada kita dalam beribadah khusyuk satu bulan penuh berkat. InshaAllah kita sudah ingat betul keutamaan berinfaq, apalagi jika kita melakukannya di bulan Ramadan di mana Allah melipatgandakan setiap amalan kebaikan yang dilakukan hambaNya secara ikhlas. Terlebih lagi dilakukan di hari jumaat yang inshaAllah hari yang paling banyak berkatnya.



Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)



Asar Humanity menjemput anda untuk memaksimalkan amalan kebaikan di bulan Ramadan ini untuk memberikan kebahagiaan kepada orang-orang yang kurang mampu pada hari raya nanti. Sesungguhnya di dalam harta kita ada hak mereka yang harus kita agihkan.


"Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)." (Adz-Dzaariyaat 51:19)




InshaAllah kami berkomitmen memberikan bungkusan hari raya untuk keluarga miskin, dhuafa dan asnaf sehingga mereka tak lagi risau merayakan Hari Kemenangan. Kemurahan hati anda dapat menjadi semangat dan energi untuk mereka yang kurang baik nasibnya. Dengan RM100 kita dapat mengagihkan bungkusan hari raya berisi telekung, peralatan solat, kuih muih dan barang runcit lainnya. Mari kita hadirkan kebahagiaan untuk mereka saudara kita yang kekurangan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat