MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 03, 2024

TABUNG INFAQ BERAS KEPADA PENCINTA AL QURAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM175 / 5.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

8 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA RAIHKAN PAHALA DENGAN BERINFAQ BERAS KEPADA ANAK-ANAK SYURGA IN.


Assalamualaikum wbt. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan daripada pihak Tuan/Puan agar bersama-sama menyumbang untuk memberikan sumbangan beras kepada pelajar di maahad kami di sini. Sehubungan itu, maahad tahfiz kami mempunyai seramai 65 orang pelajar dan sebahagian daripada mereka adalah daripada keluarga asnaf dan yatim yang kurang berkemampuan. 



Oleh kerana itu, pihak maahad melancarkan kempen Infaq Beras dengan serendah RM10 bagi memudahkan sesiapa yang berkeinginan dan sudi berinfaq di maahad tahfiz kami di sini. Beras sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia mempunyai banyak kandungan baik seperti, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin B. Kempen ini juga bertujuan untuk membantu pihak maahad untuk menyediakan beras yang mencukupi untuk anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat belajar dengan baik.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat sama-sama membantu berinfaq membantu anak-anak syurga ini berjihad menuntut ilmu agama menjadi hafiz al-Quran yang beramal dengan tuntutan al-Quran dan menyebarkannya seperti sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:


Kelebihan beramal membantu dan mengasihi anak yatim:


"Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang bersusah payah membantu anak yatim. Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan penjaga anak yatim akan bersama-sama di syurga seperti ini,” sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang terpisah.



Akhir kata, kami di sini, dengan kebaikan yang para dermawan lakukan ini mudah-mudahan Allah SWT menerima sumbangan ini dan menjadi sebagai amal soleh yang membawa berkat dan kebaikan kepada semua yang menerimanya, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 03, 2024