Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,545 / 51.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
54 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memasuki hari ke-5 dari gempa bumi dengan kekuatan magnitud 7.8 menggegarkan Gaziantep, Türkiye hingga ke sebahagian Utara Suriah. Menurut AFAD tercatat lebih dari 10,000 gegaran gempa susulan terjadi setelah gempa besar semula. 10 Februari 2023 jam 09.00 waktu Indonesia, dilaporkan sebanyak 17,674 maut di Turkiye dan 3,377 maut di Suriah. Sementara itu puluhan ribu terluka. Sampai saat ini pasukan keselamatan masih berupaya mencari dan menyelamatkan mangsa yang terhempap reruntuhan bangunan. Innalillahi wainna illaihi raajiun. Semoga warga yang maut Allah matikan dalam keadaan syahid dan mangsa yang terluka segera pulih dari sakitnya. Ya Allah lindungilah saudara-saudara kami di sana.
Saat ini masih dalam musim sejuk. Udara dingin mencapai di bawah 0 derajat celcius. Keadaan semakin mencengkam karena mereka kehilangan orang yang dicintai dan tak ada lagi rumah yang nyaman untuk ditempati. AFAD bersama dengan pertubuhan kemanusiaan lainnya melakukan usaha penyelamatan dan mengagihkan kebutuhan untuk mangsa yang terpaksa tinggal di khemah pelarian. Banyak juga yang rumahnya masih berdiri tapi mereka memilih untuk tinggal di luar rumah. Karena bangunan rumah mereka belum aman dari getaran.
Warga terjejas membutuhkan doa dan bantuan kita semua. Asar Humanity bersama dengan rakan kongsi di Turkiye merespon panggilan pertolongan. Saat ini pasukan Asar berada di Adana, Hatay dan Malatya masih berikhtiar menuju kota yang paling teruk terjejas Karamanmaras. Asar Humanity bekerjasama dengan rakan NGO tempatan dan AFAD mengagihkan keperluan asas dan logistik seperti makanan sedia untuk dimakan, air minuman, kit kebersihan, selimut, kasut, sarung tangan kepada penduduk yang terjejas akibat gempa bumi di Adana, Hatay, Malatya dan kawasan lain. Insya Allah.
Masih banyak saudara-saudara kita yang terjejas membutuhkan pertolongan. Kami mengajak anda untuk berinfaq yang akan diagihkan dalam bentuk makanan hangat dan kebutuhan pengubatan untuk mangsa terjejas gempa di Turkiye dan Suriah. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari-hari terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di bulan haram awal tahun baru 1445 Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya kita harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan dan puan sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah SWT, aamiin
Sejak gempa bumi yang menggegarkan wilayah Turkiye pada hari Isnin, 6 Februari 2023 puluhan ribu nyawa telah menjadi mangsa kejadian itu, dan lebih daripada 160,000 bangunan telah rosak akibat kejadian itu. Magnitud gempa bumi yang menggegarkan wilayah Turkiye telah mencuri perhatian penduduk di seluruh dunia, sehinggakan ramai penduduk berpusu-pusu menghantar bantuan terbaik mereka, termasuk tuan-tuan dan puan-puan yang turut serta membantu saudara-saudara kita di Turkiye yang mengalami kesulitan.
Dan alhamdulillah, sedekah yang telah disumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sebelum ini telah diagihkan kepada beneficiaries berupa pakej iftar dan pakej makanan di 2 kawasan. Kawasan pertama iaitu di Kirikhane, sebanyak 500 bahagian pakej iftar dan 100 pakej makanan telah diterima mangsa gempa bumi Turkiye. Dan kawasan kedua iaitu di Narlica, sebanyak 500 pakej iftar telah diterima oleh para beneficiaries. Di mana amanah yang tuan dan puan titipkan telah digabungkan dengan kempen lainnya agar meluaskan manfaat yang lebih luas.
InshaAllah bantuan yang dihulurkan amat bermanfaat buat mereka terutama di bulan Ramadan yang mulia ini, di mana umat Islam kini sedang menjalani ibadah Ramadan termasuk berpuasa di bulan Ramadan yang dilakukan oleh beberapa mangsa yang terselamat daripada gempa bumi Türkiye. Teringat hadis yang menyatakan tentang orang yang memberi makan orang yang berpuasa:
"Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (Riwayat Ahmad)
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah balas dengan sebaik-baik balasan dan semoga menjadi washilah diijabahnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari ini Jumat terakhir di bulan Syaban. Jangan terlewat keberkahan Jumat dengan terabai.
Mari tingkatkan amal kebaikan, memberikan kebahagiaan untuk mereka yang kelaparan. Bersama Asar Humanity memaksimalkan amalan kebaikan di akhir bulan Syaban.
Bantu program kemanusiaan ASAR Humanity
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan perlindungan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 17, 2023
MUHAMMAD AIDY BIN SULONG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 15, 2023