SUMBANGAN IKHLAS PENAMBAHBAIKAN TEMPAT SOLAT MUSLIMAH

RM1,335 / 2.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

80 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami ingin menambah baik bahagian solat muslimah supaya lebih luas dan mampu memuatkan ramai wanita ketika bulan Ramadhan. Marilah kita bersama sama menyumbang!


Assalamualaikum wbt saudaraku semua. Dana tambahan bagi membantu proses penambahbaikan Surau AsSiddik Espalanade Siddik Kudat. Jom kita bantu penambahbaikan untuk warga Kudat sebelum ketibaan bulan Ramadhan. Ramadhan semakin dekat, kurang 3 bulan lagi.



Bagi saudaraku yang beragama Islam di tempat lain. Sudah pasti mempunyai keselesaan untuk melakukan ibadah di surau atau masjid yang serba lengkap. Sudah pasti mereka amat merindui keselesaan yang menggembirakan mereka dengan suasana masjid yang serba lengkap.


Pada bulan Ramadhan pada tahun lalu. Kebimbangan disuarakan oleh jemaah terhadap keadaan tempat surau yang kurang selesa dan kurang tempat solat muslimah. Penduduk amat mengharapkan keadaan surau akan menjadi lebih baik dengan penambahbaikan yang dilakukan dan mempunyai kesempatan meraikan Ramadhan yang datang dengan penuh keberkatan.



Setidak-tidaknya, harapan penduduk agar ada tempat solat muslimah dan bumbung dapat disiapkan dengan segera. Kita bantu selagi perlu, kongsi selagi mampu. Sama-samalah kita berikhtiar membantu mereka yang amat memerlukan. Sekaligus, mengembalikan suasana beribadah yang cukup selesa di dalam bulan Ramadhan yang akan datang.




Besarlah harapan kami untuk kita semua saling membantu dan menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Salam kebaikan buat semua para penyumbang yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

RAMIR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

MOHD SHAPIAN BIN IDRIS

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat