Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM975 / 32.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
48 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mohon maaf sekiranya anda masih melihat gambar pelajar maahad ini berwuduk di dalam tandas yang berlubang dengan hanya disekat oleh pintu usang. Kempen yang kami lancarkan untuk membina tandas dan telaga untuk Maahad Ainul Yaqin belum mencukupi. Sampai saat ini kami masih butuhkan sejumlah RM19,000 untuk mewujudkan pembinaan tandas dan telaga wuduk Mahaad Ainul Yaqin, saat ini masih baru terkumpul sebanyak RM12,000.
Belum ada perubahan ketika pasukan Asar Humanity mengunjungi maahad ini. Kondisinya tandas dan area wuduk masih sama dengan saat pertama kali kami datang. Maahad ini mempunyai lebih kurang 50 pelajar menetap untuk belajar agama. Usia mereka sudah baligh, sayangnya keadaan tandas kurang patut sehingga seadanya kain panjang dipakai untuk menutup bilik tandas jika ingin menggunakannya.
Asar Humanity ingin menjemput anda bersedekah membina telaga wuduk dan tandas untuk pelajar maahad tahfiz ini. Terlebih kita juga boleh menjaga kehormatan dan aurat mereka. Kami memerlukan dana sebesar RM7,000 lagi untuk mencapai RM19,000 yang akan digunakan membina kawasan wuduk dan tandas yang lebih baik.
Insya-Allah sedekah anda ini akan menjadi pahala jariyah yang terus mengalir walaupun sudah wafat. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Ainul Yaqin telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamduliah, program bina pulih area wuduk dan tandas Maahad Ainul Yaqin telah berjaya dilaksanakan. Kini pelajar maahad boleh bebasuh dengan menjaga kehormatan mereka di tempat tertutup. Proses pembinaan mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga lebih kurang 2 minggu disebabkan keadaan yang agak jauh dari pusat bandar dan hujan terus turun dan tidak menentu.
Pelajar Maahad amat berterima kasih atas bantuan membina kawasan wuduk dan tandas, kerana sehingga kini mereka menggunakan kawasan tandas yang tidak patut. Hal ini disebabkan Mahaad tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengubah suai kawasan wuduk dan tandas.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, telah siap dibina tandas Maahad Ainul Yaqin dan tasik wuduk yang diamanahkan. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan buat tuan sekeluarga. Dan semoga sumbangan ini menjadi pahala jariyah atas anda, bayangkan 186 orang yang terdiri dari pelajar, asatidz dan pentadbir maahad yang akan mendapat keselesaan dalam menyucikan diri. Amin ya Rabb. Jazakumullah khairan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 12, 2023