Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM100 / 3.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Selaras dengan semangat ihsan dan penyayang di penghujung tahun ini, marilah kita bersama-sama melaksanakan misi murni memberi sinar harapan kepada saudara kita yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf yang kini menghadapi masalah kekurangan makanan. Indonesia selain kaya dengan kepelbagaian budaya, juga sering menjadi saksi kepada kuasa alam yang boleh memusnahkan dan mengubah kehidupan.
Bersama-sama dalam perpaduan, kami menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kempen menyediakan pakej makanan untuk asnaf. Dalam keadaan biasa, mereka mungkin sudah bergelut untuk memenuhi keperluan harian mereka, dan apabila bencana alam melanda, penderitaan mereka semakin bertambah. Gempa bumi, banjir dan tsunami bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi juga mengancam ketersediaan makanan dan kehidupan seharian.
Dengan menggabungkan kekuatan kita, setiap langkah kecil yang diambil akan memberi impak yang besar dalam memberikan bantuan. Kami menjemput anda untuk menyertai kutipan derma ini, dengan setiap sumbangan bermula dari RM10. Sumbangan anda bukan sekadar bentuk bantuan, tetapi juga cahaya kebaikan yang akan menerangi kehidupan keluarga yang memerlukan.
Setiap derma yang anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kisah kebaikan ini, membantu mengatasi kelaparan dan ketidakamanan makanan yang mereka hadapi. InshaAllah kami mempertahankan komitmen untuk menggunakan dana yang diperoleh dengan bijak, menyediakan pakej makanan yang berkualiti tinggi dan sedia untuk dimakan kepada keluarga yang bergelut mencari makanan.
Dengan sumbangan anda sebanyak RM10, anda boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya. Bungkusan makanan ini akan diagihkan kepada mereka yang terjejas dengan kehidupan jalanan dan menghadapi kesukaran mendapatkan makanan berkualiti. sedia untuk dimakan kepada keluarga yang bergelut tapi tidak dapat memenuhi keperluan makanan mereka. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2023
SYAFIQ ROSLAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2023