Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,930 / 64.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
102 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Semoga Allah selalu melindungi anda dalam setiap langkah ibadah dan aktiviti di hari-hari akhir bulan Syawal ini. Mari kita istiqomah dalam beribadah dan berlaku baik, serta meninggalkan keburukan. Kami ingin kabarkan bahawa 4 kempen yang kami lancarkan untuk membina tandas dan telaga untuk Maahad Ainul Yaqin baru mencapai kurang lebih RM7,000. Sementara kami masih perlukan RM12,000 lagi untuk mencukupi biaya. Bantuan daripada anda semua masih diperlukan pada saat ini.
Maahad Ainiul Yaqin ini dibina pada tahun 1989. Kurang lebih 50 pelajar yang mendiami maahad ini, rata-rata usia mereka sudah baligh namun keadaan bilik air asrama tiada pintu, mencemaskan memperlihatkan aurat mereka. Kurang baik nasib mereka, jika hendak mandi, mereka harus menutup pintu dengan kain panjang. Kekurangan ini menyebabkan pelajar terpaksa beratur dan bersabar jika ingin ke tandas. Mereka terpaksa mandi bersama untuk cepat pergi ke sekolah.
Asar Humanity menjemput anda untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar maahad tahfiz ini, sehingga kita juga menjaga kehormatan dan aurat mereka. Kami memerlukan dana sebesar RM19,000, untuk menyediakan 1 area wuduk dan tandas.
InshaAllah sumbangan anda akan mewujudkan pembinaan tandas dan area wuduk pelajar tahfiz di Maahad ini. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Ainul Yaqin telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk Maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamduliah, program bina pulih area wuduk dan tandas Maahad Ainul Yaqin telah berjaya dilaksanakan. Kini pelajar maahad boleh bebasuh dengan menjaga kehormatan mereka di tempat tertutup. Proses pembinaan mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga lebih kurang 2 minggu disebabkan keadaan yang agak jauh dari pusat bandar dan hujan terus turun dan tidak menentu.
Pelajar Maahad amat berterima kasih atas bantuan membina kawasan wuduk dan tandas, kerana sehingga kini mereka menggunakan kawasan tandas yang tidak patut. Hal ini disebabkan Mahaad tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengubah suai kawasan wuduk dan tandas.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, telah siap dibina tandas Maahad Ainul Yaqin dan tasik wuduk yang diamanahkan. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan buat tuan sekeluarga. Dan semoga sumbangan ini menjadi pahala jariyah atas anda, bayangkan 186 orang yang terdiri dari pelajar, asatidz dan pentadbir maahad yang akan mendapat keselesaan dalam menyucikan diri. Amin ya Rabb. Jazakumullah khairan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah proses pembinaan baik pulih tandas dan telaga wuduk segera dimulakan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan inshaAllah sedekah anda akan menjadi pahala jariyah bagi anda dan keluarga hingga alam akhirat kelak.
Pengasas maahad mengucapkan banyak terima kasih atas sumbangan yang anda berikan untuk mewujudkan area tandas bagi pelajar Ainul Yaqin. Pelajar di sini juga sangat senang karena akan memiliki tandas yang patut, mereka tak lagi risau menjaga kehormatan dan aurat mereka. Semoga Allah SWT membalas amalan anda dengan pahala dan keberkahan yang berterusan. Jazakumullah khairan.
Ikuti terus perkembangan khabar pembinaan melalui laman kempen ini!
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Beginilah kondisi saat ini tandas Maahad Ainul Yaqin. Bangunan tandas sederhana ini masih sama seperti pertama kali pasukan Asar Humanity menjumpai maahad ini.
Jom kita segerakan pembinaan tandas dan telaga wuduk untuk pelajar maahad yatim dan dhuafa demi menjaga kehormatan mereka.
Sumbang Sekarang!
https://sumbangan.com/sedekahsyawaluntuktandasmaahad
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 13, 2023