ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 05, 2023

SEDEKAH SYAWAL UNTUK PEK MAKANAN SAUDARA YAMAN YANG KELAPARAN

RM780 / 26.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom teruskan sedekah makanan untuk saudara kita di Yaman! Bulan Syawal ini kita buktikan bahawa kebaikan yang sudah dilakukan di bulan Ramadan akan terus berlanjutan.


Mari kita tengok lagi gambar aktiviti pembagian iftar di Yaman pada bulan Ramadan yang lepas. Sungguh membuat hati ini hangat melihat senyuman mereka yang menerima bantuan dari anda. MasyaAllah. Semoga keberkahan senantiasa Allah SWT limpahkan kepada anda dan keluarga. 



Alhamdulillah, Allah masih berikan kita umur dan nikmat di bulan Syawal. Bulan Syawal ini hadir sebagai pembuktian apakah kita sudah istiqomah dalam melanjutkan ibadah dan kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadan. Mari kita saling mengingatkan untuk dapat beristiqomah dalam beribadah dan berlaku baik, serta meninggalkan hal keburukan selepas Ramadan.



Melihat kebahagiaan yang telah sampai kepada saudara kita di Yaman, Asar Humanity menjemput anda bersama-sama melanjutkan kebaikan berbagi makanan kepada saudara kita di Yaman. Mereka belum aman dari kelaparan. Bahkan Program Makanan Sedunia (WFP) melaporkan sebanyak 17 juta orang di Yaman mengalami kelemahan bahan masak.



Bantuan makanan pada Ramadan yang lepas merupakan salah satu kebahagiaan bagi mereka. Nilai kemurahan hati anda terlihat dari senyuman mereka ketika pasukan Asar Humanity memberikan pek makanan. Satu hal di benak mereka, hari itu mereka dapat tidur tidak dengan perut kosong. MashaAllah kebahagiaan dan kebaikan ini jangan sampai berhenti di sini.



InshaAllah Asar Humanity berkomitmen terus membersamai saudara kita di Yaman, sudah pasti kami tidak bisa bergerak sendirian. Kebaikan dan kemurahan hati anda sangat kami perlukan. Sedekah anda pada bulan Syawal ini akan kami agihkan dalam bantuan makanan kepada saudara di Yaman yang kelaparan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 12, 2023

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2023

ARIEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat