Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM295 / 9.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mudah-mudahan kempen yang kami laksanakan tidak pernah menjemukan. Dengan ini kami terus mengingatkan dan memberi inspirasi kepada setiap individu tentang kebaikan bersedekah di waktu subuh. Waktu subuh bukan sekadar waktu biasa, tetapi mempunyai keistimewaan yang sangat tinggi dalam konteks agama Islam. Tindakan bersedekah ini bukanlah perkara remeh, tetapi mempunyai fadhilah yang luar biasa. Dengan bersedekah di waktu subuh, kita bukan sahaja menunaikan tuntutan agama malah turut serta dalam amalan yang penuh keberkatan dan keistimewaan rohani.
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)
Ada satu cara yang insyaAllah boleh kita lakukan ialah meraih keberkahan waktu subuh dengan bersedekah makanan untuk warga emas. Sumbangan anda mulai RM10, kami akan menyediakan beras dan bungkusan makanan asas untuk orang tua yang sepatutnya mendapatkan kemudahan hidup di masa tua.
Namun nasib kurang baik bagi warga emas yang pada masa lanjut usia mereka masih berjuang mencari nafkah. Satu cerita dari Atuk Ahmad, orang tua berusia 70 tahun, tinggal di sebuah bilik sederhana yang juga menjadi tempat menyimpan hasil kutipan sampah. Atuk Ahmad tetap berjuang tanpa henti tak juga lupa akan beribadah. Atuk tetap istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu, menaruh harapan yang tinggi untuk menjalani sisa hidupnya dengan baik.
Warga emas lain yang kami jumpai ibu yang tidak memiliki tangan kanan dan kiri. Ibu Carmi namanya berumur 70 tahun, setiap hari harus mencari botol bekas untuk menghidupi dirinya beserta cucunya. Mengumpulkan botol beliau hanya mendapatkan RM60 per minggu untuk sering kali makan sehari-harinya beliau hanya bisa mengagihkan makan nasi dengan garam untuk keluarganya.
Asar Humanity menjemput anda berderma harta di waktu mustajab memberikan bekalan makanan Atuk Ahmad dan warga emas sehingga meringankan kebutuhan makanan harian. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 07, 2023