Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM740 / 12.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
42 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kehadiran guru Al-Quran umpama lentera dalam kehidupan manusia. Kedudukannya begitu mulia, bahkan memegang pewaris para nabi. Guru Al-Quran mempunyai 3 tugas untuk masyarakat iaitu sebagai pengajar, sebagai pendidik dan sebagai pemimpin.
Sebagaimana firman Allah SWT pada ayat Al Quran surah Al-Mujadillah ayat 11: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)- beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan." (Al-Mujaadalah 58:11)
Dengan keikhlasan yang luar biasa, guru Al-Quran biasanya tidak menentukan yuran yang harus dibayar oleh anak muridnya. Contohnya, Encik Iskandar seorang guru Al-Quran dari Jakarta Selatan, Indonesia, kadang-kadang ada ibu bapa yang bayar RM6, dan ada yang tidak.
Di tengah kesulitan yang ada, hal itu tidak mematahkan semangat Encik Iskandar, kerana tujuannya adalah untuk mengajar Al-Quran agar apabila sudah tiada, beliau bisa meninggalkan kesan di dunia ini dan akan menjadi amal jariyah yang pahalanya tidak pernah terputus.
Mereka tak pernah meminta, namun kita tidak mampu melihat saja mereka hidup dalam keterbatasan. Melalui sedekah di waktu subuh dengan segala fadhilatnya, marilah kita membantu guru Al-Quran di Indonesia untuk memenuhi keperluan harian mereka melalui pakej makanan dengan butiran berikut:
1. Beras 1 kg RM4
2. Minyak masak 1 kg RM7
3. Gula 1 kg RM5
4. Telur RM5
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memuliakan orang yang berilmu (guru), maka sesungguhnya dia telah memuliakanku. Barangsiapa memuliakanku, maka sesungguhnya dia telah mengagungkan Allah. Sesiapa yang mengagungkan Allah, maka tempatnya di syurga."
(Lubab Al-Hadith)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 7 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan yang berisi 5 kg beras, 2 liter minyak,
1 kg gula, 1 pek teh dan 1 keping sardin.
Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 115 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat di 6 desa yang berlokasi di Aceh, Indonesia, diantaranya:
1. Desa Gampong Pulo Ara, Kecamatan Kota Juang Kabupaten Bireuen
2. Desa Juli Seutuy, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
3. Desa Tambo Tanjong, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
4. Desa Benyot, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
5. Desa Balee Panah, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
6. Desa Teupin Mane, Kecamatan Juli, Kabupdaten Bireuen
Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira terpancar di wajah para penerima manfaat ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan, sebaliknya mereka berasa dibantu oleh kebaikan tuan-tuan dan puan-puan.
Sebaliknya, semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT balas dengan sebaik-baik ganjaran, dan Allah SWT menjadikan tuan-tuan dan puan-puan dalam kalangan orang yang terbaik, sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
"Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kamu ialah yang memberi makan." (Diriwayatkan oleh Thabrani)
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 4 November 2022, telah dilaksanakan agihan sedekah subuh yang kedua, berupa pakej makanan untuk guru tahfiz Al-Qur'an.
Pakej makanan itu diagihkan kepada guru tahfiz Al-Qur'an di Pondok Pesantren Nurul Iman Al-Muttaqin yang terletak di Kp Situhiang, Desa Puraseda, Kec. Leuwiliang, Kabupaten Bogor, Jawa Barat.
Pakej makanan ini telah diagihkan kepada 7 orang guru tahfiz Al-Qur'an yang mengajar 37 orang pelajar. Namun, penerimaan pakej makanan ini diwakili oleh salah seorang guru tahfiz Al-Qur'an, kerana guru-guru lain sedang mengajar. Di lain sisi, pakej makanan ini berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak uncang teh, dan 2 keping 150 ml sardin ABC.
Alhamdulillah, sumbangan tuan dan puan telah sampai kepada penerima manfaat, inshaAllah pakej makanan ini amat berguna untuk mereka memenuhi makanan harian.
Semoga Allah SWT berikan keberkatan yang melimpah ruah kepada tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga atas kemurahan hati membantu guru tahfiz Al-Qur'an melalui sedekah subuh.
Jazakumullahu khairan
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah hari Kamis, 3 November 2022 Asar Humanity telah mengimplementasikan sedekah subuh dari tuan dan puan dalam bentuk pakej makanan untuk guru-guru tahfiz Qur'an.
Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam, pasukan Asar Humanity berjaya tiba di maahad Bahagia Kasih yang terletak di Kampung Pamagersari Leuwimekar, Kecamatan Leuwiliang, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Alhamdulillah, sumbangan tuan dan puan telah diagihkan dalam bentuk pakej makanan asas. Tim Asar berjumpa dengan pengasas maahad untuk kemudian diberikan kepada 5 orang guru Al-Quran yang mengajar 32 orang pelajar di maahad tersebut.
Pakej makanan ini diagihakan dari jam 09:30 waktu tempatan dan tamat pada jam 11:10 waktu tempatan. InshaAllah pakej makanan dari tuan dan puan akan dapat menampung keperluan makanan guru-guru Al-Quran di sana.
Semoga dengan pemberian yang disampaikan ini dapat menambah tenaga dan semangat untuk guru tahfiz Al-Quran di sana. Sebaliknya dengan pakej makanan yang nanti akan mereka makan dan bertukar menjadi tenaga yang akan digunakan untuk mengajar pelajar tahfiz Al-Quran, inshaAllah setiap kebaikan yang mereka lakukan pahalanya juga mengalir kepada tuan dan puan, aamiin ya rabbal aalamiin
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
MOHAMAD IDRUS BIN MOHAMAD DON DON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2022