Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM218 / 7.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam kekejaman yang terus melanda Gaza, di mana tangan zalim Zionis tidak mengenal belas kasihan, saudara-saudara kita terus dipaksa tinggal di antara runtuhan, mayat yang reput dan serpihan kehidupan yang musnah. Mereka sedang mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan. Inil bukanlah masanya untuk kita berdiam diri.
Asar Humanity, dalam keazamannya untuk mengatasi halangan dan mengurangkan penderitaan, mengumumkan kempen untuk memastikan kebutuhan saudara-saudara kita di Gaza yang diperlukan setiap hari. Sumbangan anda bukan sahaja kunci kejayaan kempen ini, tetapi juga merupakan talian hayat bagi mereka yang mengalami krisis kebutuhan harian yang asas.
Sama-sama kita berkongsi doa dan sokongan, memberi kekuatan kepada adik-adik untuk terus tabah menghadapi ujian ini. Marilah kita menjadi cahaya harapan, menunjukkan bahawa kita bersatu dalam perjuangan untuk kemanusiaan. Musim sejuk di Gaza membawa cabaran tambahan, terutamanya dengan hujan lebat. Tanpa tempat tinggal yang mencukupi, saudara-saudara kita di Palestin memerlukan perlindungan kita.
Asar Humanity menjemput anda untuk menderma seberapa banyak yang anda boleh, untuk membantu keluarga miskin di Gaza mengharungi musim sejuk. InshaAllah, sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan tilam, selimut, khemah, dan bekalan musim sejuk yang lain. Marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita dan keprihatinan kita terhadap saudara-saudara kita yang menghadapi penderitaan luar biasa di Gaza.
Bersama-sama, kita boleh memberi harapan dan sokongan kepada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa. Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. Insya-Allah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, baju sejuk berjaya dihantar kepada kanak-kanak di kem pelarian kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Bantuan dari anda menghangatkan tubuh kecil mereka yang bertahan hidup di kemah dan lantai yang sejuk. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumllah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2023