Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,555 / 51.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Sampai dengan kempen ini dibuat, khabar menyesakkan hati kembali kita dengar dari saudara kita di Palestin. Pesawat perang Israel mula mengebom Gaza sebaik sahaja gencatan senjata sementara tamat pada 1 Disember. Pesawat perang Israel mengebom sekitar Hospital Nasser di Khan Yunis, Selatan Semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan di Gaza berkata sekurang-kurangnya 14 orang awam telah terbunuh, ketika pesawat pasukan Israel meneruskan serangan udara. Serangan juga menjatuhkan korban dalam kalangan orang awam Palestin yang tidak bersalah dalam serangan udara Israel di Rafah, ketika pendudukan Israel meneruskan serangannya di Semenanjung Gaza.
Bombardir Zionis secara terus dilakukan di wilayah lain sehingga korban dalam kalangan orang awam Palestin yang tidak bersalah dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan rumah kediaman di Kota Hamad di selatan Gaza. Selalunya anak-anak Gaza, saksi bisu serangan tanpa henti yang paling terdedah. Sebelumnya lebih daripada 15ribu nyawa, termasuk lebih daripada 6000 kanak-kanak menjadi mangsa serangan.
Mereka yang selamat masih hidup dalam ketidakpastian. Di antara mereka menjadi yatim dan lain-lain hidup bersama keluarga dalam keterbatasan. Mereka kehilangan bukan hanya tempat tinggal, tetapi juga hak asasi mereka untuk tumbuh dan berkembang dalam keamanan. Saat ini, anak-anak Gaza sangat memerlukan bantuan kita.
Hasbunallah wa ni’mal wakiil.
Asar Humanity, merayu kepada semua yang membaca untuk mendapatkan bahagian daripada penyelesaian. Anak-anak Gaza tidak hanya berhadapan dengan ancaman fizikal, tetapi juga risiko kesihatan terutamanya dalam musim sejuk ini.
Setiap RM10 yang anda dermakan akan diagihkan dalam bentuk bantuan yang paling asas, antara lain makanan khas berkhasiat anak, susu, vitamin, baju musim sejuk, selimut, dan bantuan asas lain. Kami berkomitmen terus mendampingi anak-anak di Gaza yang menjadi mangsa serangan Zionis, namun kami tidak boleh bergerak sendiri tanpa sokongan anda.
Doakan anak-anak Gaza agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran ini. Mari bersama-sama menjadi pelindung bagi anak-anak Gaza. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Asar Humanity kembali menghantarkan lori air bersih untuk saudara-saudara kita di salah satu kem pelarian wilayah Khan Younis, Gaza Selatan. Barakallahu fiikum! Pengagihan ini tidak dapat dilakukan tanpa ridho dari Allah SWT dan bantuan anda.
Krisis air semasa adalah akibat langsung daripada serangan sengaja Israel terhadap bekalan air dengan memusnahkan takungan dan kolam di seluruh Semenanjung Gaza, serta menyasarkan loji air masin, yang membawa kepada situasi bencana dehidrasi yang teruk. Apatah lagi dengan keadaan di kem pelarian yang bertimbun dengan sampah sarap akibat sekatan Israel, menjadikan ia lebih membimbangkan penyakit dan virus yang menjangkiti kanak-kanak.
Jadi kita sudah dapat melihat sambutan gembira daripada semua pelarian di kem ini apabila lori air bersih memenuhi menara air. Mereka mengatur untuk mendapatkan air bersih yang boleh diminum dengan segera. Bantuan air ini juga akan menjadi bekalan kepada keluarga untuk menampung keperluan harian mereka. Muka kepenatan anak-anak kecil berlari-lari membawa bekas besar untuk menakung air. Pasukan Asar membantu mereka mengheret kontena berat ini untuk dibawa pulang.
Izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan-tuan dan Puan-puan Sudah tentu penghantaran lori air bersih ini tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan anda. Tetapi perjuangan kita tidak boleh berhenti di sini. Sentiasa mendoakan saudara-saudara kita agar Allah SWT sentiasa melindungi dan melindungi mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Saat tulisan ini dibuat penulis sambil menangis dan mengucap syukur kepada Allah SWT karena laporan dari Pasukan Asar Humanity kembali mengadakan kegiatan trauma healing untuk anak-anak di kawasan perkemahan pelarian warga Gaza di Deir Al Balah. Alhamdulillah ala kulli haal.
Ya Allah Al Hafiz Al Muhaimin. Semoga Engkau selalu jaga anak-anak dan saudara kita dari serangan dan kekejaman Zionis. Sesungguhnya mereka harus tetap hidup dan bahagia.
Kegiatan trauma healing ini dimulai dengan bernyanyi, menari, sambil tim Asar Humanity yang lainnya membagikan coklat dan permen. Di akhir kegiatan, tim Asar juga mengagihkan mainan untuk anak-anak ini. Tak hanya anak-anak, orang dewasapun ikut serta dalam kegiatan ini. Lihatlah senyuman mereka yang tulus, walaupun begitu masih ada di antara mereka yang masih termenung dan menangis.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan izin dan rahmat Allah SWT, serta sokongan anda, kita dapat menghibur anak-anak ini. Harapannya mereka dapat terus menjalani kehidupan yang lebih baik.
Jangan lepas doakan terus saudara kita di Palestin. Karena senjata orang Muslim adalah doa yang khusyuk kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Penolong.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan anda. Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal pasukan Asar Humanity berjaya menghantarkan agihan roti dan susu untuk kanak-kanak Gaza yang paling terdedah serangan Zionis. Jutaan kanak-kanak Gaza direnggut hak hidupnya karena kekejaman yang masih berlangsung. Kini mereka tinggal di kem pelarian, salah satunya kem pelarian di kawasan Deir Al Balah. Pasukan Asar Humanity membagikan roti untuk kanak-kanak dan susu formula untuk bayi-bayi yang tak berdosa ini.
Barakallahu fiikum! Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Tim Asar Humanity berkomitmen untuk mendampingi saudara-saudara kita di Gaza selama menjalani ibadah puasa. Dengan anugerah Allah SWT dan dukungan dari semua pihak yang baik hati, Asar Humanity di Semenanjung Gaza berhasil mendistribusikan makanan untuk buka puasa dan sahur.
Inilah perjuangan tim Asar Humanity di wilayah kamp pelarian Rafah. Sejak sore hari, tim ASAR telah menyiapkan paket sahur yang akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di sana. Serangan dan pembatasan terhadap pasokan makanan oleh pihak Zionis telah menyebabkan saudara-saudara kita kekurangan persediaan untuk kebutuhan makanan sehari-hari.
Saat kita memasuki 10 hari pertengahan Ramadan, di mana Allah melimpahkan ampunan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, marilah kita mengangkat doa dan merayu kepada Yang Maha Pengampun agar memberi ampunan kepada kita. Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan rezeki yang penuh berkah.
Kami ingin membagikan bagaimana saudara-saudara kita di Gaza berbuka puasa. Beberapa rakan tim Asar Humanity yang tersebar di wilayah Deir Al Balah melaporkan dari kem-kem pelarian saudara kita. Inilah situasi menjelang berbuka puasa di sana, saudara kita harus beratur untuk mendapatkan makanan. Serangan dan sekatan terhadap bahan makanan oleh Zionis mengakibatkan saudara kita tak punya persediaan untuk kebutuhan makanan harian.
Kanak-kanak, orang tua, ibu bapa, semua harus beratur. Ini bukanlah yang mereka inginkan. Seharusnya saudara kita di Gaza, bisa duduk di rumah bersama keluarga, berbuka puasa dengan kenyamanan. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Memaknai Ramadan ini bukan hanya menahan lapar, tetapi juga bagaimana kita dapat bermuhasabah alhamdulillah masih Allah berikan nikmat dan rezeki. Memasuki 10 hari pertengahan Ramadan di mana Allah cucuri hambaNya dengan keampunan. Mari kita panjatkan doa, merayu Yang Maha Pengampun, agar mengampuni kita. Belum banyak yang kita lakukan untuk saudara kita di Palestin. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 03, 2023
TANSOONKIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 03, 2023