Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM290 / 9.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Musim sejuk di Yaman bukan sekadar perubahan cuaca. Bagi orang miskin, ini adalah cabaran hidup yang tidak dapat dibayangkan. Lebih-lebih lagi di tengah-tengah keadaan krisis yang tidak menentu. Bantuan kita boleh menjadi sinar kehangatan di tengah-tengah kesulitannya. Ayuh berganding bahu menghulurkan bantuan selimut dan meringankan ancaman bagi nyawa mereka di musim sejuk.
Banyak keluarga tidak memiliki kemampuan untuk memenuhi kebutuhan harian, apalagi untuk menyara selimut untuk melindungi diri mereka daripada kesejukan. Mereka memerlukan bantuan kita, dan setiap selimut yang kita berikan kepada mereka boleh jadi sangat bermakna dan menjadi pelindung dari ancaman maut.
Dengan menyertai kempen ini, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk membantu orang miskin di Yaman. Sokongan anda boleh memberikan kehangatan dan keselesaan kepada mereka yang sukar untuk bertahan dalam musim sejuk yang teruk.
Setiap derma yang anda berikan akan digunakan untuk membeli selimut. InshaAllah, setiap sumbangan bermula dari RM10 akan membantu menyediakan selimut hangat kepada mereka yang paling memerlukannya. Selimut bukan sahaja sehelai kain yang memberikan kehangatan, tetapi juga menjadi perisai pertama mereka daripada serangan cuaca yang kejam. Dengan kesedaran bahawa setiap selimut adalah langkah ke arah kehidupan yang lebih baik, bersama-sama kita dapat membawa sinar harapan kepada anak-anak Yaman yang terpinggir.
Sebelumnya dengan bantuan anda, Asar Humanity berjaya memberikan bantuan makanan ke daerah Ma'rib di Yaman, begitu nampak potret kemiskinan di sana dimana keluarga miskin amat menantikan bantuan makanan. Kala itu tak cukup paket pangan kami untuk semua keluarga yang tinggal di sana.
Namun, dengan kedermawanan mereka paket makanan itu mereka masak dan bagikan juga kepada tetangga. MashaAllah, tentu saja musim sejuk ini akan menjadi sulit jika mereka kedinginan. Terutama anak-anak yang paling terdedah kondisi ini. Mari lindungi saudara Muslim kita di Yaman. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 21, 2024