Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM475 / 15.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
40 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Adakah anda masih ingat Gempa Bumi Cianjur yang dahsyat yang berlaku pada 21 November?
Pada hari bencana itu, ketua Sekolah Islam Sunanul Abror yang terletak di Kampung Ciwalen, daerah Warungkondang, sedang membaca Al Quran dan berzikir bersama tetamunya yang datang dari luar kota sehingga gempa bumi M5.6 tiba-tiba menggegarkan kawasan itu. Dia bersama tetamunya keluar dari rumah dan segera membantu penduduk setempat yang menjerit meminta tolong. Gempa bumi itu menyebabkan sebahagian dinding dan atap bumbung runtuh yang turut merosakkan barangan di sekeliling seperti rak buku, peralatan sekolah dan peralatan ibadat kemudahan asrama pelajar.
Sekolah Islam Sunanul Abror bukan satu-satunya sekolah Islam yang terjejas akibat gempa bumi, banyak sekolah Islam lain turut terjejas akibat bencana itu. Beberapa pelajar kini dihantar pulang ke rumah saudara mereka. Bagi pelajar yang datang dari kawasan terdekat, mereka masih tinggal di pusat perlindungan sementara. Pasukan Asar Humanity Emergency Response (ER) menjalankan program penyembuhan psikososial untuk kanak-kanak, salah satunya adalah sesi perkongsian. Yang paling diminta dan dikehendaki ialah kembali ke sekolah. Mereka sangat merindui sekolah, rakan-rakan mereka, guru mereka, dan aktiviti pembelajaran. Masih banyak anak-anak yatim dipelabagi titik khemah yang kekurangan utiliti pengkajian, dia antaranya:
1. Kampung Cadot 90 anak, 57 di antaranya anak yatim
2. Cibeleng Ilir 100 anak
3. Kampung Munjul 89 anak
Sampai saat ini di dalam khemah pelarian mereka setia mengikuti pengkajian Al-Quran dan ilmu agama. Ibadah sholat wajib dan mendalami ilmu agama tetap mereka lakukan walaupun dengan keadaan yang sederhana.
Asar Humanity menjemput anda untuk menyokong Al-Quran dan kitab-kita ilmu agama lainnya. InsyaAllah Al-Quran dan kitab-kitab pengkajian Islam dapat digunakan hingga Ramadhan, bahkan jangka panjang bagi para jemaah. Daripada Aisyah R.Anha dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari, 6465)
Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada anak-anak tahfiz mangsa pelarian gempa Cianjur. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Pada bulan Ramadan lepas, alhamdulillah sedekah Al Quran yang anda berikan telah dihantarkan kepada maahad tahfiz terjejas gempa Cianjur. Pasukan Asar Humanity dibantu relawan lokal Cianjur mendistribusikan ke pada maahad di daerah Pamoyanan CIanjur yang menjadi tempat belajar penghafaz Al Quran.
Antusiasme pelajar penghafaz Al Quran yang sangat senang dengan kedatangan bantuan Al Qur'an terlihat dari wajah mereka. InshaAllah setiap lantunan huruf pada ayat suci Al Quran yang dilafalkan menjadi pahala jariyah untuk Tuan, Puan dan keluarga. Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT memberikan pahala berlipat ganda, dan keberkahan berterusan kepada Tuan, Puan dan keluarga. Aamiin
Jom bantu program Asar Humanity lainnya! >>> KLIK!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023
KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2023