Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM220 / 7.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah musim sejuk yang pahit di Yaman, kita tidak boleh mengabaikan penderitaan rakyat yang kurang bernasib baik. Fakta yang mengejutkan ialah lebih separuh daripada penduduk Yaman kini hidup dalam kemiskinan tegar, dan musim sejuk hanya memburukkan keadaan mereka yang sedia sukar.
Peperangan selama bertahun-tahun telah merosakkan infrastruktur, menyempitkan akses kepada sumber dan menyebabkan rakyat Yaman yang miskin berada dalam kesempitan yang teruk. Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ketidaktentuan peperangan, malah mereka juga terpaksa menghadapi kesukaran yang melampau dalam memenuhi keperluan asas mereka terutama makanan.
Musim sejuk adalah ujian tersendiri untuk mereka. Penurunan suhu yang drastik menjadikan kehidupan di jalanan lebih sukar, manakala akses kepada makanan yang mencukupi semakin terhad. Kanak-kanak, wanita dan orang tua adalah yang paling terdedah kepada keadaan ini. Direkodkan 17 juta warga Yaman hidup di bawah garis kemiskinan dan tidak memiliki kemampuan untuk menyara persediaan makanan.
Kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada usaha untuk membawa kemesraan dan harapan kepada mereka. Sumbangan anda untuk menyediakan makanan panas seperti sup, nasi dan roti kepada warga Yaman yang miskin. Mulai dengan sedekah RM10 untuk memberikan makanan hangat berkhasiat kepada keluarga miskin di Yaman.
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2023