ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 01, 2023

SEDEKAH MAKANAN UNTUK MANGSA TERJEJAS BANJIR PAKISTAN YANG KELAPARAN

RM350 / 11.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan makanan berkhasiat untuk mangsa terjejas banjir Pakistan yang masih membutuhkan bantuan kita!


Assalamualaikum wbt, semoga selalu dalam keadaan baik dan sejahtera. Banjir maut melanda Pakistan pada musim panas lalu dan kini hanya sebahagiannya surut. 33 juta orang terjejas di wilayah Sindh dan Balochistan, dalam apa yang secara meluas dianggap sebagai bencana iklim terbesar di Pakistan. Kampung-kampung dilaporkan telah bertukar menjadi pulau, dengan ramai kanak-kanak yatim piatu dan keluarga tinggal di bawah sisa-sisa daun-daun kering atau tarpaulin dalam keadaan beku.



Di daerah yang dilanda banjir, kira-kira 1.6 juta kanak-kanak telah pun mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk, manakala enam juta lagi kanak-kanak mengalami masalah terbantut, satu keadaan yang boleh menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan pada otak, badan dan sistem imun kanak-kanak. Setakat ini mereka tak punya rumah, kanak-kanak menghadapi musim sejuk yang pahit, tanpa perlindungan yang baik.



Pada November lalu pasukan Asar Humanity berkesempatan mengunjungi para korban di wilayah Sindh dan mengagihkan bantuan kemanusiaan berupa makanan siap masak kepada mangsa banjir Pakistan guna membantu mereka yang mengalami kelaparan. Tapi kita tidak bisa berhenti sampai sini masih banyak ribuan dari mereka yang belum bisa melanjutkan hidup karena tak ada sedikitpun harta yang mereka punya. Kanak-kanak terancam semakin mengalami sakit jika tak ada makanan yang berkhasiat.




Asar Humanity mengajak anda untuk berterusan mengagihkan makanan siap masak untuk mereka yang masih membutuhkan agar mereka tidak kelaparan. Dengan RM15 anda dapat mengagihkan 1 pek makanan siap masak yang berkhasiat. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada mangsa banjir Pakistan. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat