ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 23, 2023

SEDEKAH MAKANAN TERAWAL ZULHIJJAH UNTUK KELUARGA MISKIN DI GAZA

RM470 / 15.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hari terawal Zulhijjah, jangan sampai lewatkan dengan sia-sia. Jom teruskan kebaikan dan keberkahan dari sedekah makanan berkhasiat untuk keluarga miskin di Gaza!


Alhamdulillah hari Jumaat pertama terawal bulan Zulhijjah. Pada bulan Zulhijjah ini Allah SWT melipatgandakan pahala atas amal soleh yang kita lakukan, begitu pun jika ada yang melakukan maksiat, maka berlipat ganda dosa yang ia dapatkan. Naudzubillah semoga kita tidak termasuk orang yang merugi.



Asar Humanity mengajak anda untuk memperbanyak amal soleh, salah satunya menghantarkan makanan siap masak dan berkhasiat kepada keluarga miskin di Gaza. Kita sudah tahu bahawa penjajahan Zionis di Palestin belum juga berakhir. Terutama di semenanjung Gaza.



Fakta ini kita lihat dari cerita dari Samira al-Ghreisi. Seorang ibu tunggal di Gaza yang suaminya wafat sejak dua setengah tahun yang lepas. Dengan kondisi kesehatannya yang kurang baik, ia berjuang menghidupi keluarganya. Namun pembatasan sejak berabad-abad lamanya membuat krisis kemanusiaan di Gaza berkepanjangan. Sulit baginya untuk mempunyai pekerjaan. Terlebih lagi sakit sendi yang dideritanya, tidak memungkinkan ia bekerja terlalu keras.



Kita tidak akan pernah berhenti memaklumkan khabar dari Palestin. Penjajahan yang berpanjangan melemahkan sektor kehidupan terutama di Jalur Gaza. Mereka menjadi pelarian di negaranya sendiri, tinggal di kem sederhana dengan keterbatasan.




Anda boleh menderma mulai daripada RM10. InshaAllah sedekah anda akan diagihkan dalam bentuk pek makanan siap masak yang berisi nasi, protein daging, minuman. Asar Humanity berkomitmen terus menunaikan amanah sumbangan anda dan membersamai perjuangan saudara-saudara kita di Palestin seperti yang sudah kami hantarkan pada masa sebelumnya. Kebaikan ini jangan berhenti di sini. Kami sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

MUHAMMAD ADAM BIN DADAP

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH, ALLAHYARHAM BAKHTIAR EFFENDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat