Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM40 / 1.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
3 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Berita tragis dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh menyentuh hati kami. Ahad lalu, (7/01/2024), kebakaran memusnahkan kemah ribuan penduduk yang terlalu menderita. Walaupun kita bersyukur kerana tiada kematian dilaporkan, kini, mereka yang kehilangan segala-galanya memerlukan bantuan segera.
Pelarian Rohingya, yang telah lama mengalami penganiayaan oleh Junta Tentera Myanmar, kini berdepan ujian baharu. Mereka telah kehilangan tanah air dan dihalau dari rumah mereka, mencari tempat tinggal yang selamat. Sebagai rakyat tanpa kerakyatan di negara sendiri, hidup sebagai pelarian menjadikan mereka terdedah dan bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.
Mereka juga menerima penganiayaan daripada orang ramai melalui media sosial? Bagaimana seorang Muslim boleh menghina saudaranya sendiri? Adakah masih pantas mengaku sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW jika masih menyakiti hati orang yang dizalimi?
Dari Qutaibah, dari Abu Awanah, dari Al-A'masy, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, ia mengutip perkataan Rasulullah SAW yang bersabda, "Barangsiapa menghilangkan satu kesulitan dari seorang mukmin ketika di dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesulitan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi keburukan seorang muslim, Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)
Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat kebakaran di kem Kutupalong, Cox's Bazar. Saat ini bantuan yang dibutuhkan adalah makanan siap masak. InshaAllah bermula dengan RM10, anda boleh membantu menyediakan makanan kepada mereka yang kehilangan segala-galanya.
Jangan lupa bahawa dengan cara sedekah makanan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Setiap sumbangan akan menjadi sinar dalam kehidupan mereka yang tercabut akibat bencana, membantu mereka memulakan semula dan membina masa depan yang lebih baik. Jangan biarkan kesakitan mereka hanya menjadi beban. Ayuh sertai Asar Humanity dalam membawa perubahan positif. Menderma sekarang dan bersama-sama kita boleh membantu Rohingya pulih.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2024