ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 19, 2023

SEDEKAH MAKANAN LAZAT BERKHASIAT MAAHAD DI ATAS BUKIT

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pelajar maahad berasal dari keluarga dhuafa, sering kali tidak punya makanan untuk harian. Jom bantu sara persediaan makanan asas dan berkhasiat untuk mereka!


Kembali mengingat perjalanan kami menjumpai 106 pelajar ikhwan dan akhwat di Maahad Alam Tahfiz Quran Kolong. Jiran sekitar mengenalnya dengan sebutan Maahad Kolong. Akses jalanan menuju maahad yang berlokasi di atas bukit ini sangat sulit, melewati jalanan yang kecil berbatu dan berpasir. Pasukan Asar Humanity juga harus menyeberangi Sungai. Walaupun lokasinya yang jauh di atas bukit, tetapi maahad inilah harapan bagi kanak-kanak untuk dapat belajar agama Islam. Di maahad ini mereka dapat menghafal Al-Quran serta pelajaran agama lainnya seperti fikih, ilmu tajwid, dan kitab-kitab Islam.



Ramai pelajar yang datang dari pedalaman Nusa Tenggara Timur yang berasal dari keluarga yang kurang mampu. Orang tua mereka bekerja sebagai buruh tani dan ibu rumah tangga yang memiliki pendapatan harian yang kurang mencukupi. Alhamdulillah anak mereka yang belajar di maahad ini tidak dikutip biaya satu sen pun, jika mampu orang tua mereka boleh berinfaq beras setiap bulan.



Namun, kondisi ini juga tidak dapat dihadapi oleh pengasas dan pengurus maahad tanpa bantuan orang lain. Jika kehabisan beras, pengurus rela meminjam kepada warga sekitar yang mempunyai beras lebih untuk diagihkan kepada pelajar maahad. Jika ada rezeki untuk makan setiap hari pelajar di sini makan dengan ikan masin dan nasi. Hal ini bukan karena Maahad tidak mahu menyediakan, tetapi Maahad harus berjimat sehingga semua pelajar mendapatkan makanan. Walaupun akhirnya karena kurangnya biaya untuk memberikan makanan yang penuh gizi dan bernutrisi.



Kesulitan makanan dan keadaan yang lapar tidak menghentikan dari menghafal Al-Quran. Mereka sangat teringin menjadi penghafal Al-Quran terbaik dan ingin ikut memuliakan Al Quran. MasyaAllah. 



Asar Humanity menjemput Tuan dan Puan untuk berinfaq beras dan makanan berkhasiat lainnya sebagai persediaan makanan pelajar di maahad ini. InshaAllah dengan dimulai RM10, anda dapat membelikan beras dan makanan asas pelengkap lainnya yang berkhasiat untuk dihantarkan bagi pelajar maahad yang berasal dari keluarga dhuafa. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROSHIDAH BINTI MOHAMED KASBY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2023

MOHD SUHAIL KAMARI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat