Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM340 / 11.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Makanan merupakan salah satu keperluan hidup manusia, kerana dengan makanan yang cukup, maka tenaga yang cukup akan diperoleh untuk menjalankan aktiviti harian. Sebaliknya makanan yang seimbang dan berkhasiat juga diperlukan untuk kesihatan badan.
Lebih-lebih lagi bagi pelajar tahfiz di Palestin yang mencurahkan sebahagian tenaga mereka untuk menuntut ilmu agama dan menghafaz Al-Quran. Sudah tentu kesihatan fizikal amat diperlukan untuk mereka agar aktiviti belajar dan menghafaz tidak terganggu akibat penyakit yang boleh menyerang mereka. Sebaliknya, dengan belajar dan menghafaz Al-Quran mereka telah mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah SAW seperti berikut:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَه
"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya." (Riwayat Bukhari)
Oleh sebab itu, untuk menjaga kesihatan fizikal pelajar tahfiz Palestin, marilah kita sama-sama agihkan makanan berkhasiat bagi mereka untuk menjaga kesihatannya agar tiada halangan untuk belajar agama mahupun menghafaz Al-Quran. Selain itu, terdapat 4 keutamaan memberi makan orang yang tekun beribadah, terlebih bagi tahfiz Palestin antaranya ialah:
1. Mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT
2. Mendapat pahala ibadat yang dilakukan oleh orang tersebut
3. Diberikan jalan ke syurga
4. Didoakan oleh orang tersebut
InshaAllah sedekah yang anda berikan akan diagihkan kepada pelajar tahfiz Palestin dalam bentuk pakej makanan berkhasiat. Semoga dengan kebaikan anda, Allah SWT akan memberikan keredhaan kepada anda sekeluarga dan semoga sedekah yang terbaik yang anda berikan menjadi salah satu wasilah terkabulnya doa anda dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 06, 2022
FIRDAUS BIN ABD RAZAK
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 06, 2022