Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM140 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Konflik yang berterusan di Yaman telah menyebabkan kebuluran dan kekurangan makanan yang meluas. Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), dianggarkan 17.4 juta orang di Yaman tidak selamat makanan. Ramai dari mangsa konflik itu juga membuat mereka tak bisa untuk menanam sumber makanan. Di samping itu, harga makanan telah meningkat dengan ketara, tidak sebanding dengan kemampuan membeli. Akibatnya, keluarga terpaksa mengambil langkah terdesak untuk terus hidup seperti melangkau makan, makan makanan yang kurang berkhasiat dan menjual aset mereka.
Mangsa utama dari krisis makanan ini adalah kanak-kanak Yaman yang menderita kelaparan. Malnutrisi boleh menyebabkan terbantut, membazir, dan masalah kesihatan lain yang boleh membawa kesan sepanjang hayat. Selain itu, kanak-kanak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mati akibat penyakit seperti cirit-birit dan radang paru-paru.
Krisis kelaparan di Yaman adalah krisis kemanusiaan utama yang memerlukan perhatian segera. Asar Humanity kembali menjemput anda untuk memperhatikan saudara-saudara Muslim kita di Yaman. Mari kita hantarkan makanan berkhasiat untuk warga miskin di Yaman secara berterusan, sehingga semakin hari semakin membaik keadaan mereka yang membutuhkan bantuan bahan masak.
Kita ikhtiarkan kanak-kanak terbantut mendapatkan nutrisi makanan yang sepatutnya. Wang yang ada dapat digunakan untuk keperluan asas lainnya seperti untuk sekolah anak dan kesihatan. InshaAllah dengan dimulai RM10, anda dapat memberikan makanan berkhasiat kepada keluarga miskin di Yaman yang benar-benar butuhkan pertolongan kita.
Mengingatkan anda kembali pengagihan makanan iftar untuk warga di Yaman pada Ramadan yang lepas. Jom teruskan kebahagiaan ini bagi mereka yang kesulitan makanan.
"Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah: Ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
MUHAMMAD ZHARFAN BIN KAMARUL AZMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 17, 2023