Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM52 / 1.73 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam perjalanan jauh ke perkampungan mualaf di pedalaman Sumatera Utara, terungkaplah kisah kepahlawanan Da'i dari Maahad Hidayatullah Nias. Mereka bukan sahaja menjalankan tugas agama di Maahad, tetapi juga dengan semangat juang, menempuh perjalanan dua jam yang sukar di sepanjang jalan yang berliku dan sukar untuk dicapai. Sasaran tanpa jemu mereka adalah masyarakat terpencil yang jarang menerima kunjungan mengaji Al-Quran atau berdoa. Inilah perjalanan berani mereka, menempuh jauh untuk menyebarkan cahaya Islam di kawasan terpencil.
Yayasan Maahad Hidayatullah Nias, yang menempatkan 148 pelajar dan 35 guru setiap hari, bukan sahaja pusat pengajaran, malah tempat yang aman. Pelajar-pelajar ini datang daripada keluarga miskin yang kebanyakannya bekerja sebagai petani. Bagi memenuhi keperluan makanan harian dan bulanan, Maahad memerlukan 30kg beras setiap hari, mencecah jumlah keseluruhan 900kg beras setiap bulan. Walaupun pengasas maahad membutuhkan kos operasional tambahan untuk menjalankan maahad ini, tetapi bakti pengabdian untuk syiar agama tidak menghentikan langkah guru-guru maahad untuk teruskan pengajian bagi mualaf juga.
Asar Humanity melancarkan kempen bantuan pakej makanan untuk menghulurkan bantuan komuniti mualaf di pedalaman sekitaran Maahad Hidayatullah Nias. Bantuan pakej makanan ini amat diperlukan untuk memberi sokongan kepada mereka yang baru saja memeluk agama Islam. Sokongan akhlak dari kita akan menjadi semangat dalam menjalani proses ibadah terutama pada saat bulan Ramadan nanti.
Asar Humanity menjemput anda semua untuk mengambil bahagian dalam kempen ini. Dengan sumbangan bermula RM10, anda boleh membantu mengagihkan pakej makanan yang akan dihantarkan kepada keluarga komuniti mualaf, sementara itu da'i dan guru pengajian menyebarkan dakwah agama kepada mualaf dan penduduk setempat.
Sumbangkanlah sedikit rezeki anda untuk memberikan kebahagiaan dan kelimpahan kepada saudara-saudara kita agar sepanjang bulan Ramadan mereka dapat bersahur dan berbuka puasa dengan makanan berkhasiat, tujuannya adalah beribadah dengan selesa.
Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
NURUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM12.00
Jan 31, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 31, 2024
YUSRI YUSOF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 31, 2024