Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM392 / 13.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di utara Gaza, bayangan kelaparan mengintai setiap sudut. Dengan pengisaran makanan haiwan, warga Palestin terpaksa membuat roti yang tidak layak untuk dimakan. Ini bukanlah pilihan mereka, tetapi akibat daripada tindakan tentera Israel yang secara kejam menghalang trak bantuan daripada sampai ke utara. Kehidupan mereka digelapkan oleh kezaliman yang tidak bermaruah.
Di sisi lainnya, ribuan warga Palestin berkumpul di Al Rasheed Street, menanti dengan sabar bantuan kemanusiaan. Di antara mereka, seorang lelaki dengan tekun mengumpul sisa tepung dari tanah, mengekalkan semangat untuk bertahan hidup. Ini adalah gambaran betapa pentingnya setiap bantuan yang sampai kepada mereka.
Menurut laporan Bulan Sabit Merah, keadaan di Hospital Al-Amal semakin genting. Tentera Israel dengan kejam terus menghalang makanan, perubatan, dan bekalan api daripada sampai ke hospital, meninggalkan kakitangan perubatan dan pesakit terbaring dalam keputusasaan. Ini bukan sahaja satu kezaliman terhadap manusia, tetapi juga satu kejahatan kemanusiaan yang tidak boleh dibiarkan terus berlaku.
Di selatan Semenanjung Gaza, di Rafah, bayangan kelaparan juga dirasai. Rakyat Palestin beratur panjang untuk makanan percuma, menandakan keperluan mendesak yang tidak dapat diabaikan. Gaza mengalami kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan asas lainnya akibat pencerobohan berterusan oleh Israel.
Lebih dari 137 hari eskalasi penjajahan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri melihat penderitaan rakyat Gaza, tidak boleh membiarkan kezaliman dan kekejaman berlarutan tanpa tindakan. Mari bersama-sama membangunkan kesedaran, mulai RM10 mari kita berganding bahu meneruskan usaha-usaha bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 04, 2024
KALSOM BINTI ABDULAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 23, 2024