Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,350 / 33.44 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,037
79 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Apa yang anda akan rasa apabila anda asyik membaca Al-Quran kemudian lampu tiba-tiba padam dan anda tidak mampu mengisinya lagi?
Kerana ketika itu kita sedang berbicara dengan Allah SWT melalui firmanNya, tetapi ketika khusyuk cahaya itu tiba-tiba padam.
Hal itu berlaku kepada beberapa sekolah tahfiz yang kini mengalami kekangan kewangan, di mana sekolah tersebut dibina atas dasar keprihatinan melihat anak-anak yatim dan fakir miskin yang tidak dapat melanjutkan pendidikan, sehingga pemilik sekolah tidak mengenakan yuran bulanan kepada pelajar. Biarpun pelajar tahfiz hidup dalam keadaan sederhana dengan segala keterbatasan mulai dari keadaan tempat tinggal sampai kepada makanan yang mereka makan, pelajar tahfiz menerimanya dengan penuh hati dan sabar.
Namun, jika masalah itu berkaitan dengan pencahayaan, bukankah itu masalah yang mendesak?
Kerana sebagai pelajar tahfiz yang harus menghafaz Al-Quran, akan ada batasan untuk mereka bisa mengalunkan kalimah Allah SWT. Lebih-lebih lagi, jika mereka memaksa untuk terus membaca di bawah pencahayaan yang kurang baik, tentu akan menjejaskan kesihatan mata mereka, mereka mungkin mendapat mata minus atau silinder. Jika ini terjadi, maka mereka terpaksa menggunakan cermin mata minus/silinder yang tentunya tidak murah.
Pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan pada bulan yang inshaAllah penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT, marilah kita menyisihkan sedikit harta kita untuk membantu memberi pencahayaan kepada pelajar Tahfiz Al-Quran. Hal ini supaya mereka bisa membaca dan menghafaz Al-Quran setiap masa dengan RM161.49, pesantren Tahfiz Al-Qur'an di Indonesia akan dapat pencahayaan selama 1 bulan.
Berapa sahaja sedekah yang anda berikan inshaAllah akan menjadi catatan amal kebaikan anda yang akan dibalas oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Kerana sedekah bukan soal besar atau kecil jumlah yang diberikan, tetapi keikhlasan yang diutamakan. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT dalam melayari kehidupan fana di muka bumi ini, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin. Jazakumullahu khairan Katsiran.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pasukan Asar Humanity telah menghantar amanat dari tuan-tuan dan puan-puan fasa kedua berupa pembayaran elektrik untuk maahad Bahrul Jannah yang terletak di Desa Citalahab, Kecamatan Nanggung, Bogor, Jawa Barat. Di mana lokasi maahad ini diapit oleh Gunung Salak, sehingga untuk memenuhi keperluan pelajar dan akses yang boleh dicapai sangat terhad kerana lokasinya di kawasan pergunungan.
Dan alhamdulillah, dengan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, seramai 57 pelajar lelaki di maahad ini dapat mengulang pelajaran, mengaji, atau menghafaz Al-Quran pada waktu malam, tanpa perlu menyalakan api yang sangat berisiko kebakaran. Dan inshaAllah dengan bantuan tuan dan puan maahad ini akan bersinar terang pada waktu malam semasa lebih kurang 3 bulan di maahad ini.
Selain itu, seramai 57 pelajar berasal daripada pelbagai latar belakang dan wilayah yang berbeza seperti Jawa Barat dan Banten. Dan seramai 32 orang pelajar di sini asalnya adalah peminum dan pekerja malam, tetapi alhamdulillah, kini mereka menetap di maahad Bahrul Jannah untuk menuntut ilmu agama dan berpindah dari kehidupan yang pernah mereka lalui secara purata 5 tahun lalu.
Semoga dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran pada waktu malam. Dan semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT membalas dengan sebaik-baik balasan dan semoga pertolongan tuan-tuan menjadi salah satu wasilah terkabulnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam membantu maahad tahfiz dhuafa menyokong elektrik lampu di maahad, pasukan Asar Humanity telah menghantarkan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan fasa pertama kepada maahad Sunan Ampel Delta yang terletak di Lampung, Indonesia. Di mana di Maahad tersebut sukar untuk membeli token elektrik, sehingga kadang-kadang menghalang pelajar untuk belajar. Malah, tidak jarang pelajar di maahad terpaksa menggunakan lilin atau nyalaan api untuk dapat belajar kerana keterbatasan kos dari maahad.
Selain itu, jumlah pelajar di maahad ini seramai 50 orang pelajar yang mendalami agama dan juga menghafaz Al-Quran. InshaAllah sumbangan elektrik dari tuan dan puan dapat menerangi maahad Delta Sunan Ampel ini selama lebih kurang 50 hari yang nantinya akan digunakan oleh pelajar dan guru di maahad tersebut untuk menuntut ilmu dan mengajar ilmu agama, menghafaz Al-Quran, dan melaksanakan kegiatan harian, solat, menghafaz Al-Qur’an, dan lain sebagainya.
Yang mana inshaAllah dengan sinaran lampu dari tuan-tuan dan puan-puan, setiap kebaikan yang dilakukan oleh para pelajar juga akan sampai kepada tuan-tuan dan puan-puan atas bantuan tuan-tuan dan puan-puan dalam menghidupkan cahaya maahad mereka.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022
MOHD YUSOFF BIN YAHAYA
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 05, 2022