Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM110 / 3.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Esok malam hari kita sudah mulai solat tarawih sebagai tanda masuk bulan Ramadan yang merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan ampunan. Salah satu amalan yang sangat dianjurkan pada bulan yang mulia ini ialah sedekah.
Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk memberikan kurma kepada orang yang berpuasa. Kurma adalah buah yang sangat bernilai bagi orang yang sedang berpuasa kerana kandungan gizi yang tinggi dan mampu memberikan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan ibadah puasa. Setiap sumbangan yang anda berikan akan sangat bermanfaat dan dihitung sebagai amalan yang pahalanya akan terus mengalir.
Mari sedekah kurma untuk orang yang berpuasa Ramadan ini dan jadilah sebahagian daripada gerakan kebaikan yang membawa manfaat bagi banyak orang. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berbuka, maka hendaklah dia melakukannya dengan kurma. Jika tidak ada kurma, maka dengan air. Karena air adalah suci." (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan betapa dianjurkan untuk berbuka puasa dengan kurma. Selain sebagai buah yang bernutrisi, kurma juga mengandungi gula alami yang dapat membantu meningkatkan kadar gula darah setelah seharian berpuasa. Oleh kerana itu, berbuka puasa dengan kurma juga dapat membantu menjaga kesehatan dan memberikan energi yang cukup untuk melanjutkan ibadah selama Ramadan.
Insya-Allah Asar Humanity berkomitmen mendampingi ummat beribadah di bulan Ramadan. Setiap hari sukarelawan kemanusiaan akan turun padang untuk membagikan takjil dan pek iftar untuk sesiapa yang terpaksa berbuka puasa di jalanan. Tak ada perkataan sedikit untuk harta yang disedekahkan. Berapapun jumlah sedekah anda, insya-Allah berlipat ganda pahala dan balasan dari Allah SWT. Semoga Allah senantiasa berkahi anda dan keluarga untuk memaksimalkan ibadah di bulan Ramadan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023