ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 30, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK KELUARGA MISKIN RAYAKAN AIDILADHA DI GAZA

RM450 / 15.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bulan Zulkaedah adalah di mana amalan kebaikan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah SWT. Jom persiapkan sedekah daging korban untuk keluarga miskin di Gaza!


Insya-Allah lebih kurang satu bulan lagi kita akan merayakan Aidiladha, di mana pada hari raya tersebut dan juga tiga hari tasyrik setelahnya telah Allah SWT perintahkan umat Islam untuk melakukan satu ibadah yang mulia iaitu berkorban (udhiyah). Sudahkah anda mempersiapkan korban terbaik?



Aidiladha nanti insya-Allah kita akan merayakan bersama dengan saudara-saudara kita di Gaza. Tahun ini tanggal 15 Mei, penjajahan Zionis ini belum berakhir terhitung sudah 75 tahun lamanya. Penjajahan yang tidak berakhir ini menyebabkan krisis kemanusiaan berpanjangan.



Samira al-Ghreisi adalah seorang ibu tunggal. Suaminya meninggal dunia dua setengah tahun yang lepas. Kini, ia mencari nafkah untuk keluarganya. Samira menderita penyakit tekanan darah tinggi. Persendian badannya sering sakit, sehingga kondisi kesihatannya tidak memungkinkan ia bekerja. Ibu dan anak-anaknya tinggal di rumah sederhana yang terlihat kurang patut. Ia dan anak-anaknya tidur di atas kasur usang. Samira dan anaknya masih bergantungan pada bantuan orang-orang dermawan.




Ayuh, kita bahagiakan keluarga miskin seperti Puan Samira dan keluarga lainnya pada hari Aidiladha. Asar Humanity menjemput tuan/puan untuk bersedekah daging korban mulai dari RM10. Untuk anda yang berkemampuan, anda dapat membelikan satu haiwan domba Palestin seharga RM1,775, atau satu haiwan lembu seharga RM10,806.




Hari raya nanti mari kita hantarkan daging korban untuk mereka yang kekurangan. Mari tunaikan sedekah korban di bulan Zulkaedah ini, agar kebaikannya berlipat ganda. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat