Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM425 / 14.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Trauma yang berlaku pada kanak-kanak biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Salah satunya akibat trauma bencana alam seperti gempa bumi yang menggegarkan wilayah Cianjur pada hari Isnin, 21 November 2022 dengan magnitud 5.6. Akibat daripada gempa bumi ini meninggalkan runtuhan bangunan di pelbagai tempat. Bukan itu sahaja, gempa bumi ini juga boleh meninggalkan trauma kepada kanak-kanak yang menyebabkan beberapa simptom seperti berpeluh sejuk, degupan jantung meningkat, sukar menumpukan perhatian dan corak tidur terganggu.
Demi menghilangkan trauma ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan, salah satunya dengan mengajak kanak-kanak melakukan aktiviti bersama. Namun, perkara yang menyayat hati itu dapat dilihat ketika pasukan Asar Humanity berada di lokasi pemindahan dan terlihat beberapa kanak-kanak bermain dengan runtuhan bangunan sebagai medium permainan mereka. Selain berbahaya, ia juga boleh menjejaskan kesihatan mereka kerana runtuhan itu mengandungi habuk yang boleh disedut dan menjejaskan kesihatan pernafasan mereka.
Oleh sebab itu, melalui program sedekah boneka bantal ini, Asar Humanity ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang terjejas gempa bumi Cianjur dengan memberi boneka bantal. Boneka bantal ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai medium trauma healing kepada kanak-kanak yang ditimpa musibah, sebaliknya boneka bantal ini juga boleh digunakan untuk mereka tidur pada waktu malam. Selain itu ketersediaan bantal di pusat pemindahan masih minimum.
Teringat sabda Rasulullah SAW berikut:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
“Barangsiapa melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan melapangkan satu kesusahan dunia darinya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya." [HR. Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu]
Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu kanak-kanak yang terjejas gempa bumi di Cianjur melalui sedekah terbaik pada hari jumaat ini yang inshaAllah pahala sedekah dan keberkatan akan meliputi tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga. InshaAllah, sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan dalam bentuk boneka bantal untuk kanak-kanak yang terjejas gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. Jazakumullahu khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan dan puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada Februari 2023, pasukan Asar Humanity telah datang bertemu dengan saudara-saudara kita khususnya kanak-kanak penyintas gempa bumi Cianjur, Jawa Barat, selepas sebelum ini menempuh perjalanan lebih kurang 30 minit dari pos Asar Humanity di Cianjur, Jawa Barat.
Di mana kedatangan pasukan Asar Humanity ini untuk menyampaikan amanat daripada tuan-tuan dan puan-puan berupa boneka bantal. Dan seramai 17 orang kanak-kanak yang tinggal di Kampung Babakan Buni Wangi, RT 04 RW 03 Desa Nyalindung, Kecamatan Cugenang, Cianjur telah menerima boneka bantal yang tuan dan puan berikan.
Ketika pasukan Asar Humanity baru tiba di lokasi tersebut, kanak-kanak bersurai dan berlumba-lumba membawa kotak hadiah yang diberikan oleh tuan dan puan dan ketika membuka kotak itu, terpancar di wajah mereka perasaan gembira. Dan segera mereka mengambil boneka bantal mengikut warna kegemaran mereka dan bermain bersama.
Alhamdulillah, boneka bantal yang puan dan puan sediakan boleh menjadi satu daripada sarana trauma healing kepada anak-anak yang terselamat dari gempa bumi Cianjur. Selain boleh jadikan boneka bantal ini sebagai sandaran kepala untuk tidur, mereka juga boleh menggunakannya untuk bermain.
Selain itu, mereka mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas budi baik tuan-tuan dan puan-puan memberi perhatian kepada mereka. Dan semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dan semoga kebahagiaan yang dicurahkan kepada anak-anak mangsa gempa Cianjur ini dapat menjadi salah satu washilah untuk doa tuan dan puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
HJH MASNAWIYAH BT HJ ABDUL MAJID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022