ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 02, 2023

SEDEKAH ALQURAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ YATIM YANG PALING MEMBUTUHKAN

RM1,265 / 42.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

56 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita melabur untuk akhirat di bulan Syaban dengan sedekah Al Quran yang akan dihantarkan kepada pelajar maahad tahfiz yatim!


Kurang dari satu bulan lagi, kita akan sampai pada bulan yang penuh kemuliaan, iaitu bulan Ramadan. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita hingga dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.



Asar Humanity menjemput anda untuk meraih keutamaan sedekah dengan pahala yang akan terus mengalir kepada anda walaupun anda sudah tiada. Salah satunya melalui sedekah Al-Quran yang akan kami berikan pada bulan Ramadhan kepada masjid-masjid dan maahad tahfiz Al-Quran. Hal ini supaya pelajar tahfiz dapat membaca Al-Quran dengan selesa. Dengan RM50 anda dapat membelikan 1 mushaf Al-Quran untuk mereka menghafal Al-Quran. InshaAllah sedekah Al-Quran ini menjadi salah satu pahala jariyah yang akan terus mengalir sampai kita wafat.



Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja membaca satu huruf dari Kitabullah (Alquran) maka dia akan mendapat satu kebaikan. Sedangkan satu kebaikan dilipatkan kepada sepuluh semisalnya. Aku tidak mengatakan alif lâm mîm satu huruf. Akan tetapi, alif satu huruf, lâm satu huruf, dan mîm satu huruf.”




Bayangkan Al-Quran ini dibaca pada saat bulan Ramadhan. Penghafal Al-Quran sudah pasti tidak hanya satu kali saja membaca, tetapi mereka akan terus mengulang. Inilah pelaburan sesungguhnya untuk akhirat. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat