Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM645 / 21.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum tuan dan puan, semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Lepas bulan Januari ini, kondisi di Cianjur belum boleh dikatakan baik. Setakat ini ribuan mangsa terjejas tak ada pilihan lain untuk tinggal di khemah pelarian. Musibah ini mereka jalani dengan selalu berserah diri kepada Allah SWT. Tiada alasan untuk meninggalkan solat dan ibadah. MashaAllah aktiviti keagamaan dan ibadah solat masih berlaku di khemah sederhana.
Di dalam khemah dan mushalla sederhana bapak-bapak ini menunaikan solat Jumaat dan solat wajib. Aktiviti menghidupkan bacaan Al Quran dilakukan pemuda-pemudi di petang hari. Tim Asar Humanity melakukan pendataan. Ada banyak khemah pelarian mangsa terjejas yang dalam kondisi tanpa peralatan solat dan ibadah lainnya (telekung, sarong) iaitu:
1. Khemah pelarian Kampung Munjul
2. Khemah pelarian Kampung Padaruhum
3. Khemah pelarian Cibeleng Ilir
4. Khemah pelarian Cijedil
5. Khemah pelarian LongKewang
6. Khemah pelarian Kp Babakan
7. Khemah pelarian Kampung Sarampat
8. Khemah pelarian Jambudipa
9. Khemah pelarian Kampung Cadot
10. Khemah pelarian Kampung Angkrong
Tuan-tuan dan puan-puan, kami membutuhkan kebaikan Tuan dan Puan untuk membeli karpet sajadah supaya jemaah masjid mangsa pelarian boleh solat lebih khusyuk. Inilah salah satu cara kita merangkul mereka untuk tetap menegakkan akidah di masa sulit dalam musibah. 1 shaf karpet sajadah seharga RM225.
InshaAllah peralatan karpet sajadah ini dapat digunakan hingga Ramadhan dan boleh jadi lebih lama lagi. Bayangkan semakin banyak pula tabungan amalan jariyah anda. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada jemaah mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum tuan dan puan semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Gempa bumi yang sebelum ini menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat pada November 2022, hingga kini masih meninggalkan kesakitan bagi kebanyakan penduduk yang terjejas. Bukan itu sahaja, beberapa kemudahan bangunan yang rosak turut menyukarkan penduduk untuk menjalankan aktiviti seperti biasa antaranya beribadat di surau. Di mana ketika ini mereka harus menggunakan surau sementara untuk mengadakan solat 5 waktu dan lain-lain perkhidmatan yang ditubuhkan dengan terpal dan buluh.
Alhamdulillah, sumbangan yang sebelum ini disumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan melalui laman kempen ini telah digabungkan dengan sumbangan dari laman kempen lain, sehingga 2 gulung karpet telah diagihkan untuk Surau Cianjur pada hari Selasa, 18 April 2023. Sehingga saat ini warga yang menjalankan ibadah di Surau sementara boleh guna karpet yang selesa inshaAllah dapat meningkatkan konsentrasi mereka dalam beribadah. Sebaliknya karpet yang dihadiahkan oleh tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja digunakan untuk menunaikan solat 5 waktu, tetapi inshaAllah akan digunakan juga pada Hari Raya Aidilfitri untuk menunaikan solat hari raya.
Sedekah karpet pula merupakan salah satu sedekah jariyyah yang tidak putus-putus pahalanya, yang mana selagi jemaah menggunakan karpet untuk beribadat, maka inshaAllah selama itu pahala akan diterima oleh tuan-tuan dan puan-puan. Semoga keberkatan sedekah karpet ini melimpah ruah buat tuan-tuan dan puan-puan, dan semoga dengan budi baik tuan-tuan dan puan-puan dapat menjadi salah satu washilah termakbul dalam doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh