Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM295 / 9.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum tuan dan puan, semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Tak terasa kita sudah memasuki bulan Rejab, menghitung hari kurang dari 2 bulan lagi kita akan tiba di bulan Ramadan. Setakat ini semua Muslim sudah bersiap memperbanyak ibadah, menyiapkan bekalan terbaik untuk bulan Ramadan. Tapi perasaan berat dan terhad masih terasa di khemah pelarian mangsa terjejas gempa Cianjur.
Khemah dengan kain tipis yang terkena hujan dan panas sehingga kerap perlu diganti. Sampai saat ini gegaran susulan masih sering terjadi. Namun bencana dan kesulitan yang mereka alami tidak menurunkan akidah agama mereka. Ujian demi ujian mereka pikul dengan selalu berserah diri kepada Allah SWT. Saudara kita di Cianjur masih terus bersemangat beribadah walaupun dengan keadaan sederhana.
Ibadah sholat wajib dan pendalaman ilmu agama tetap mereka lakukan dalam masjid sementara. Di dalam khemah dan mushalla sederhana bapak-bapak ini menunaikan solat jumaat, di petang hari pemuda-pemudi mengikuti Tahsin dan mendalami ilmu agama. Tim Asar Humanity melakukan pendataan, masih ada banyak khemah pelarian mangsa terjejas yang dalam kondisi tanpa sajadah dan karpet iaitu:
1. Pengungsian Kampung Munjul 7 shaf
2. Pengungsian Kampung Padaruhum 10 shaf
3. Pengungsian Cibeleng Ilir 10 shaf
4. Pengungsian Cijedil 12 shaf
5. Pengungsian LongKewang 12 shaf
6. Pengungsian Kp Babakan 10 shaf
7. Pengungsian Kampung Sarampat 12 shaf
8. Pengungsian Jambudipa 12 shaf
9. Pengungsian Kampung Cadot 15 shaf
10. Pengungsian Kampung Angkrong 10 shaf
Tuan-tuan dan puan-puan, kami tidak boleh meneruskan penyelamatan tanpa bantuan anda. Bantuan anda amat bermakna. Kami tidak mengira jumlah derma anda. Kami membutuhkan kebaikan anda untuk membeli karpet sajadah supaya jemaah masjid mangsa pelarian boleh solat lebih khusyuk. Kami menjemput anda untuk menderma 1 shaf karpet sajadah seharga RM225. InsyaAllah sajadah tersebut dapat digunakan hingga Ramadhan, bahkan jangka panjang bagi para jemaah. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada jemaah mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami