Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,275 / 42.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mari kita mengingat saudara-saudara Muslim kita di Yaman. Keadaan di Yaman belum membaik, 23.4 juta warga Yaman hidup bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Mereka menjadi mangsa krisis kemanusiaan di negaranya sendiri. Mereka berpindah tempat untuk mendapatkan tempat tinggal yang dirasa lebih baik. Ekonomi negara semakin lemah, kebutuhan hidup semakin mencekik. Sebanyak 4.3 juta orang tidak memiliki rumah.
Lebih dari 17 juta dari warga Yaman dikabarkan mengalami keterbatasan makanan. Anak-anak tidak berdosa direnggut oleh kelaparan dan kekurangan gizi. Krisis ini bakal berujung maut. Sudikah kita membantu saudara-saudara Muslim kita di sana?
”Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit, seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Asar Humanity mengajak anda untuk membelanjakan harta anda di jalan Allah salah satunya dengan sedekah makanan iftar bagi keluarga miskin di Yaman. Dengan sedekah RM15 anda sudah dapat mengagihkan 1 pek makanan siap masak. Sedekah makanan sebagai sedekah yang diutamakan inshaAllah akan melipatgandakan keberkahan dari rezeki yang anda sumbangkan. Terlebih makanan ini akan memberikan mereka tenaga dalam menjalani hidup mereka di bulan Ramadan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Kabar gembira kita dengar dari pasukan Asar Humanity di Taiz, Yaman. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Wilayah Al Mudhaffar, Taiz, Yaman. Pasukan Asar Humanity kembali menghantarkan pek makanan hangat yang berisi nasi rempah, ayam golek, air mineral, dan buah pisang. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Menerokai perjalanan Ramadan 1444 H, kami mengajak anda untuk melihat kembali senyuman insan yang telah anda bantu.
Video Youtube Ramadan 1444 Hijriah
Terima kasih Tuan dan Puan, sumbangan dan budi anda telah mengiringi Asar Humanity dalam berkongsi kegembiraan bersama saudara-saudara kita yang amat memerlukan sepanjang Ramadan tahun lalu.
Barakallahu fiikum! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga atas kebaikan yang telah anda lakukan. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu membalas rezeki secara berterusan. Jazakumullah khairan ahsanal jaza.
Maukah anda menyertai kami lagi Ramadan tahun ini?
https://sumbangan.com/makananpuasaramadanyaman
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2023
SAYFUL ISLAM BIN MAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2023
NORZIEY KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2023
ELYNA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2023