Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM110 / 3.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mari sambut bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan dan kasih sayang! Dalam menyambut keberkatan bulan mulia ini bersama keluarga, marilah kita sama-sama bermuhasabah kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Di luar sana, masih ramai yang bergelut untuk mendapatkan juadah berbuka puasa yang cukup dan berkhasiat selepas seharian berpuasa.
Kita semua melihat mereka yang terpaksa bergelut di jalanan, keluarga yang bergelut, ibu tunggal, dan orang miskin yang tidak mempunyai akses yang sama kepada makanan. Mereka yang terpaksa mencari rezeki ketika matahari terbenam, tanpa ada jaminan mendapat makanan yang cukup untuk berbuka.
Marilah kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dengan sumbangan RM11, kita dapat menyediakan 1 bungkusan juadah berbuka puasa yang mengandungi kurma, air, buah-buahan, nasi, protein daging dan lauk-pauk lain. Dengan makanan berkhasiat ini, kita dapat membantu mereka menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan khusyuk dan penuh kekuatan.
Jadikan Ramadhan kali ini bukan sahaja tentang puasa, tetapi juga tentang memberi dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Dengan menderma makanan untuk berbuka puasa, kita boleh membuat perubahan dalam kehidupan mereka dan mencapai pelbagai pahala di bulan yang penuh barakah ini.
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5: 192, Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 27, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 26, 2024